05 November 2014

HEEL SPUR - SAKIT TUMIT LUAR BIASA?

Assalamualaikum semua.. Anda pernah mengalami sakit yang tumit yang amat sangat? Rasa seperti ditusuk paku ketika berjalan? Kaki membengkak macam orang mengandung? Gejala-gejala ini mungkin disebabkan oleh Heel Spur! Apekejadahnye Heel Spur itu?




Apa itu Heel Spur?

Heel Spur ini adalah keadaan dimana terdapat bonjolan tulang pada tulang tumit kaki ( pada bahagian bawah tulang ).Heel spur selalunya berkaitan dengan radangan ´plantar fascia´. Ia boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat pada tumit dan kesakitan ini bertambah teruk semasa bergerak.




Kenapa terjadinya Heel Spur?

Heel spur terjadi disebabkan oleh bonjolan tulang yang abnormal pada tulang tumit (pemendakan garam kalsium yang berlaku akibat ketegangan plantar fasia ). Ketegangan ini boleh berlaku kepada individual tertentu yang mempunyai tapak kaki yang abnormal ( high arch atau flat feet ). Perempuan mempunyai risiko yang lebih dari lelaki untuk mengalami ´heel spur´ disebabkan jenis pemakaian kasut.



Bagaimana untuk mengetahui Heel Spur?

Anda boleh mengesan Heel spur dengan melakukan X-Ray dan melalui pemeriksaaan klinikal.
Perbezaan tulang tumit normal dan Heel Spur! Adoi tajamnya tulang kalau dipijak-pijak..



Apakah rawatan untuk Heel Spur?

Rawatan utama untuk heel spur adalah untuk mengenal pasti punca ketegangan plantar fasia. Jika puncanya adalah ´flat feet´ ,penggunaan alat bantuan (lapisan di dalam kasut) dapat mengembalikan posisi tapak kaki ke normal dan mengurangkan kesakitan.



Rawatan lain termasuk latihan senaman kaki , kurangkan berat badan , memakai kasut yang mempunyai tapak dalaman yang lembut , memakai alat bantuan ( heel cup ) yang akan menyerap bebanan dan hentakan semasa bergerak.


Mungkin pelapik kasut jenis ini akan membantu anda..



Ada Vitamin Shaklee yang boleh membantu Heel Spur?

Sudah semestinya! Bagi membantu Heel Spur Fiza mencadangkan pengambilan Ostematrix dan Sustained Release Vita C. Dua gabungan vitamin hebat ini akan membantu anda untuk :



OstematrixPengambilan harian kalsium yang cukup boleh mencegah perkembangan Heel Spur. Heel Spur akan menekan tisu lembut yang menjadi bantal kepada tulang tumit dan menyebabkan sakit semakin teruk. Ostematrix juga dilengkapi dengan Magnesium, pengambilan kalsium tanpa Magnesium adalah sia-sia kerana ianya boleh mengembangkan lagi kekurangan kalsium. Beware people!


 Kelebihan Ostematrix Shaklee Kami!!

Sustained Release Vita C - Kaya dengan Bioflavanoids yang merupakan antioksidan dengan ciri-ciri anti-alergi, anti-radang , anti-mikrob dan anti-carcenogenic.Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai tahap yang baik dari bioflavanoids dalam badan mereka mempunyai jumlah yang lebih rendah protein C- reaktif - penyebab yang dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit keradangan , kanser dan penyakit-penyakit lain . Dengan mengamalkan vitamin C dengan bioflavanoids , anda akan terlepas dari Heel Spur dan sakit tumit.




Semoga pengkongsian ini mendatangkan manfaat untuk anda.. 
Nak order? Jom hubungi Fiza sekarang.. Jangan biarkan anda dan orang tersayang terhencut-hencut sakit tumit!

Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/Whatsapp : 019 915 4727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Facebook Page : Fiza Zasmi Health Care 
Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD 
sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia, RM10.00 flat rate tak kira berat and 
 banyak mana anda beli.
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama saya!
Post a Comment