20 October 2014

TERINGIN

Assalamualaikum semua...

Teringin aish lain macam je Fiza sebut teringin ni.. Teringin ke mengidam ni??

Betullah teringin... Teringin nak makan Ikan Celup Tepung!

Haritu masa last makan Ikan celup tepung ni tak dapat menikmati betul-betul sebab Dhia terekik tulang.. spoil terus nak sambung makan..

Dhia and Mia memang suka sangatlah ikan celup tepung ni.. Tapi ikan kalau kecik-kecik ni kena tengok tulang dia.. Kadang kalau mama dah tengok betul-betul pun ada lagi terselit tulang halus.. Lagi satu tangan diorang berdua ni bukan boleh duduk diam, tak sabar nak makan habia dia cuit sendiri..

Kebetulan petang tadi ada orang jual ikan datang office.. Banyak kali dah diorang datang, tapi Fiza selalu terlepas nak beli.. Ikan diorang ni segar dari Pantai Beserah.. tu yang ramai borong tu.. Petang tadi ada ikan pelaling aje, tapi yang besar-besarlah.. yang kecik-kecik takkau la..


Taaraaaa jadilah ikan celup tepung impian fiza!

Ni terpedaya dengan gambar Kak Nor officemate la ni, dia post terus terliur..

Fiza gaul dengar telur and tepung kentuky je.. kak Nor kata dia letak tepung beras, tepung gandum dan tepung kentuky.. mesti lagi sedap! Fiza punya tak rangup sangat..

Korang terliur gi lah buat jugak..
Byebye semua..

posted from Bloggeroid

Post a Comment