09 October 2014

SAYA MAHU JADI TELEFON PINTAR

Assalamualaikum semua... Papa Din ada forward mesej 1 cerita.. Nangis I baca.. Sentap pun ada..

Nak tahu cerita apa? Meh I paste kat sini..

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

'Kenapa menangis ni?'

'Lihatlah karangan budak ni..'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

"Jadikan Saya Sebuah telefon pintar"

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah telefon pintar.
Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar...

Menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah n ibu.. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa melihat saya.

Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon pintar.

Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.

Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.

Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti telefon pintar pada setiap masa."

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata

'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.

'Abang, itu karangan anak kita!'

***

Sedihkan, anak-anak sangat perlukan perhatian kita.. 8 jam sehari mereka di pengasuh, bila balik kita asyik mengadap handphone aje..

Maafkan Mama Miadhia, lepas ni mama akan cuba bahagikan masa.. InsyaAllah mama buat semua ni untuk kita..


Kesayangan Mama dunia dan akhirat.. Terima kasih Ya Allah..

posted from Bloggeroid

Post a Comment