03 October 2014

NAMA TERPANJANG DI MALAYSIA!

Assalamualaikum semua! Semalam ada yang kata Jabatan Pendaftaran Negara keluarkan kenyataan bahawa nama paling panjang pernah didaftarkan adalah.......



Fuhhh panjang sungguh! 6 patah perkataan tu.. I syak makbapak dia ni teruja dapat anak perempuan, habis semua nama nak isi last-last gaduh isi semua.. Tak payah pening kepala.. Tak pun makbapak budak ni yang pening kepala bila nenek tok opah tokki habis semua nak letak nama, jadilah nama anak gabungan semua nama orang pilih..

Kalau fikir niaya ke budak tu, kalau nak kahwin nanti tak boleh senafaslah bakal suami nak akad nikah..


Siap print nama lekat kat buku, tak larat weh nak tulis...

Tapi tak apa, rasanya makbapak budak ni tahulah kenapa isi nama panjang sangat.. Dan InsyaAllah maksudnya mungkin baik-baik aje.. anak depa biarlah nak letak nama apa pun.. penat mak dia beranak..

Macam kami suami isteri memang sebulat suara kami pilih nama anak kami...

Damia Fareeda
Damia = Kebijakan
Fareeda = Yang istimewa, tunggal, permata yang mahal. Juga dipilih sempena mengingati nama arwah mak Papa Din..

Dhia Fathiaa
Dhia = Sinaran
Fathiaa = Kemenangan
Sebab I menang puasa penuh mengandungkan Dhia.. Banyak dugaan masa mengandung Dhia, alhamdulillah dapt harungi dengan jayanya..

Penat mengkaji dulu sebelum letak nama ni.. Begitu juga mak bapak orang lain..

Byebye semua
Assalamualaikum..

posted from Bloggeroid

Post a Comment