30 October 2014

KISAH DHIA HARI INI..

Assalamualaikum semua.. Sihat semua? Fiza sihat tapi Dhia Fathiaa tak berapa nak sihat, demam pulak dia.. Malam semalam ok je main, sapu-sapu Herbal blend mama kat sofa.. Habis separuh herbal blend tu dia sapu.. Bertuah punya anakku..


"Selain daripada merawat gigitan nyamuk di muka, saya juga menyapu herbalblend Mama saya di sofa.. Mama yang kata krim ni multipurpose!",kata dhiafathiaa tanpa rasa bersalah.

Bangun je subuh tu Dhia dah terjaga, rasa badan dia panas sangat.. Terpaksalah Fiza EL (Emergency Leave) sebab kesian pulak nak hantar pengasuh, nanti jangkit pulak anak orang lain.. Pagi tu jugak jam 9 pagi terpacak dah Fiza kat Klinik Syed Badarudin Taman Guru, jumpa ferevet doctor Rosleena.. dia pun cakap lama dah Dhia tak demam alih-alih harini demam pulak.. Tak pelah dik, demam nak besar.. Semoga Allah sembuhkan adik cepat..


Malam ni suhu naik lagi 38.7c.. Mintak-mintaklah lepas makan ubat Dhia sihat ceria macam biasa.. Kesian dia merah-merah mulut.. Sampai mintak selimut sejuk gigil-gigilnya..  Korang doakan Dhia ye..

Anak cucu cicit TASF jom kita pulun habi-habisan closing esok.. biar bonus meletop bulan ni!! Aamiin..
Post a Comment