01 October 2014

HAPPY 4TH ANNIVERSARY TO US HUSBAND!

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah harini genap Fiza dan Papa Din berkahwin selama 4 tahun.. Sekejap je rasa, dah empat tahun berlalu rupanya.. Alhamdulillah 4 tahun berkahwin kami dah dikurniakan dua orang puteri, Damia Fareeda dan Dhia Fathiaa.. Syukur padaMu Ya Allah, tak pernah terjangka akan memiliki keluara sempurna ini.. Terima kasih Ya Allah..

Buat Papa Din,
Terima Kasih kerana masih bertahan dengan isterimu yang emo dan banyak songeh ini, terima kasih kerana sentiasa ada, sentiasa setia, sentiasa cinta.. (Eh macam Shaklee je, Sentiasa selama, sentiasa berkesan, sentiasa semulajadi) Daku mohon bertahanlah lagi 80 tahun, sebab isterimu ini akan sentiasa emo dan banyak songeh. Tapi percayalah cinta dan sayang ini hanya untukmu.. ceewah!
-MamaFiza-



Semperna hari ulangtahun perkahwinan kami, meh la Fiza nak throw back gambar masa majlis persandingan kami dulu.. Kasi feeling lebih sikit hari ini..


White Pink Theme, my choice no compromise!

Rinduuuuu...

Muka tuan blog kena lebih..

Tuan blog lagi..

Kurusnya kita dulu-dulu pa..

ohoiii kurusnya!

Rindunya nak makeup lepas tu pakai cantik-cantik!

Hutan depan rumah pun cantik..

Ya Allah rindunya..





Pose selak lalang memang femes time ni.. 

Mohon doakan kami bahagia kekal hingga ke syurga.. TQ :)
Post a Comment