04 October 2014

FOOD REVIEWS : ANNIVERSARY DINNER AT THE RITZ GRILL, KUANTAN

Assalamualaikum semua.. Dah basi dah gambar baru nak cerita.. Tak pelah dari tak cerita langsungkan.. The Ritz Grill, tempat yang Fiza pilih sebab Papa din nak belanja dinner sempena anniversary kami la kononnya.. I pun googled la mana tempat makan yang best kat Kuantan ni, jumpalah blog review pasal makan di The Ritz Grill ni..

The Ritz Grill ni terletak di Hotel Seasons View, Kuantan.. Fiza ingatkan dekat Seasons Boutique Hotel, sebab rasanya kat Kuantan ni satu je hotel nama Seasons, sekali salah daa.. Ada hotel nama Seasons View rupanya, hotel baru patutlah I tak tahu...

Buku Menu kenalah snap dulu.. Ramai orang nak ambil gambar pun malu.. Suasana dalam The Rits ni ok, cantik sangat.. Ada music-music macam romentik la tapi masa aku datang ada group dinner, so jadi bising.. Terus tak feel..


Harga ok jugaklah, tak ada lah mahal sangat, tapi tak lah murah.. Standart kalau nak makan sebulan sekali tu boleh la...


Hai, beso pipi nampak? Muka orang gembira..


Lagi gembira bila Cik Puan Muda 2 ni tidur.. Mama berharap dapat makan dengan tenang..


Mia dah keboringan menunggu makanan, servis lambat atau sebab I order steeak jadi lambat I pun tak tahu lah..

Air dah sampai, Mia sedikit gembira! Hot honey Lemon Tea (RM5.00) for me and Pineapple Juice (RM5.00) for Papa Din.. Sedap!


Menunggu lagi..


Papa Din di tukang belanja.. Dia dah kenyang, tapi ajak lagi gi makan..

Makanan dah sampai.. Mia order Ritz's Grilled Chicken (RM19.50) and mama Ritz's Sirolin Steak (RM39.00)



Muka frust tengok makanan tak seindah yang digambarkan.. I order well done punya steak tapi yang sampai macam tak well done pun, isi merah, liat, tak sedap! Chicken grilled pun sedih, tapi ok lagi lah dari steak I.. Mia yang hantu brokoli dan segala sayur-sayuran tu pun boleh luek kan balik sayur tu.. Dia kate busuk, sebenarnya bukan busuk macam basi tu, tapi sayur tu rasa peti ais.. Paham tak rasa peti ais tu macam mana.. Nak terang pun tak reti aihh..


Cik Puan Muda dah bangun, maka startlah dia nak menyuap semua orang..

Selain dari air, French Blueberry Creme Brulee ni memang sedap! ni jelah yang sedap pada tekak I.. Yang lain I frust, ni anniversary I kot.. Kenalah makan sedap-sedap, agar gembira.. Kegembiraan tu terletak di perut tau, perut kenyang, hati senang! So The Ritz Grill, I harap you tingkatkanlah kualiti makanan you..

TQ The Ritz Grill coz ruined my Anniversary dinner.. Kesian I tau!

Byebye semua..
Assalamualaikum..

p.s: Papa Din dinner ni kira tak aci tau, kena belanja lagi special dinner for me..

Post a Comment