25 October 2014

Dapur Mama Fiza : Resepi Puding Roti Sos Kastard Bakar

Assalamualaikum semua..

Semalamkan uolss akak try masak Puding Roti Bakar.. Kenapa bakar? Sebab akak ade oven je uolss, periuk kukus, periuk ajaib bagai semua tu akak nanadoo..

Korang nak resepi? Ni resepi Kak Yani opismate akak yang bagi.. Akak ikut 95%.. hehehe

puding roti sos kastard

Mula2 panaskan oven 180°c.. Lepaskan terus step berikut..

Bahan A : Rendam untuk seketika takat
- 7 keping roti
- 2 atau 3 cawan susu segar (akak bancuh susu tepung Dhia aje.. susu segar tak ade..)

Bahan B : Pukul sehingga sebati, tapi akak malas nak pukul jadi akak ambil blender dan blend. Lebih mudah dan jimat masa.

- 4 sudu gula
- 2 biji telur saiz A
- 2 sudu besar buttercup (akak guna majerin biasa je)
- 1 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara nak masak, mula - mula masukkan Bahan A ke dalam loyang, lepas tu Bahan B pula. Sebelum tutup, taburkan kismis.



Setkan 30minit oven dan masak selama 30 minit.

Puding yang telah siap masak dan dah sejuk.

Untuk membuat Sos Kastard pula. Kacau dengan api yang pelan. Masak sehingga pekat dan ikut selera masing - masing.

- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air biasa
- 2 sudu besar gula

Dan hasilnya.......tadaaaa.........



Alhamdulillah jadi.. korang boleh la try.. :) tqvm kak yani ajar fiza..

posted from Bloggeroid

Post a Comment