07 October 2014

Cerita Ahad di Zoo Mini Teruntum

Assalamualaikum semua..

Hari Ahad lepas keluar breakfast, sebab macam biasalah I malas.. hahaha Tak lah sebab Mia nak makan KFC, so kami pun gi lah KFC Giant.. Paling dekat dan senang parking.. Mia memang suka gi Giant.. Kalau tak ada parking dia akan doa "Ya Allah, tolonglah bagi parking dekat-dekat sikit" dan Allah tak pernah pun tak makbul.. Budak tak ada dosa kan, tak ada tapisan pun doa dia, Allah makbul terus... I selalu jugak suruh Mia doalah bagi mama murah rezeki... ;)


Lepas makan kami ke Zoo Mini Teruntum.. Mia paling excited, dia kan pencinta haiwan... Dhia biasa2 je, dia lagi suka gi funfair.. Masa I kecik I selalu jugak pergi sini, masa dulu banyak sangat monyet.. I ingat lagi air tin I kene rampas dengan monyet.. takut sangat!



My girl ni, dah besar dah.. mulut pun homeh boleh tahan.. I harap dia hidup gembira selalu.. Tolonglah Ya Allah..



Tengok burung unta pulak, mengah nak panjat bukit ni tau, habis terbakar kalori ayam KFC mama tadi..




Diorang berlari macam seronok sangat! Tinggi tu bukit.. Terkedek-kedek lari..




Seronok jugak gi Zoo Mini Teruntum ni.. Just I rase diorang kena banyak naiktaraf tempat haiwan tu.. Bila pakai jaring-jaring ni susah kita nak tengok haiwan tu.. Kaca tempat ular pun dah kelabu sangat, nak tengok ular pun tak nampak.. Harap-harap pihak berwajib ambil tindakanlah ye..

Assalamualaikum..
Byebye...

posted from Bloggeroid

Post a Comment