31 October 2014

31 Oktober 2014

Assalamualaikum semua.. Harini hari terakhir bulan Oktober 2014.. Bermakna hari closing untuk Shaklee Independent Distributor..

Harini penat sangat rasa.. Malam tadi tidur tak lena.. demam Dhia naik sampai 39.8c.. Punyelah berdebar, Dhia pulah nangis-nangis kata sakit.. orang nak pegang pun tak boleh.. kejap sakit kaki.. kejap sakit kepala.. suruh urutlah.. Fiza syak dia sakit badan kot demam ni.. Sedih sangat tengok..

Bangun pagi ni demam Dhia dah surut , Fiza pun senang hati sikit nak gi kerja.. Sampai office buat kerja sekejap ibu pengasuh Dhia call kata Dhia muntah-muntah.. Mujurlah bos Fiza seorang yang sangat-sangat memahami.. "Tak apa Fiza uruskan anak dulu.." hui sejuk hati bos sangatlah memahami.. mana nak cari bos baik gini..

Sampai di rumah ibu memang Dhia melepeklah, ibu kata dia makan muntah, minum susu muntah so marilah kita ke klinik.. Doc Rosleena suggest refer hospital.. sekarang musim denggi katanya.. dengar denggi terus lagi bertambah debar..

Dekat kpj mak aih ramainya manusia.. Doc Siti Noor memang kegemaran ramai betul.. Doc Siti suruh warded sebab demam tinggi sangat.. Maka bermulalah episod meraung Dhia di sini.. Bergegar KPJ ni dengan raungan Dhia.. Nasib baiklah mama beliau mempunyai kesabaran yang tinggi.. Dia dah besar, dah tau sakit semua tu.. terus Dhia ajak balik..adik tatuit.. adik nanak.. dulu masa baby semua orang puji kena cucuk pun tak nangis..comel sangat perangai, sekarang bertambah-tambah tomei!!


Mujur ada menda ni.. baru diam..

Bercakap pasal closing, hati macam nak terkeluar, jantung macam nak tercabut.. berdebar sungguh nak memastikan effective ke tidak.. tapi orang lain debar ke tak? Relax je tengok..

Harini jugak hari terakhir berada di dalam group RTI.. group yang menyemai amalan rohani di dalam berbisness.. bersyukur sangat dikelilingi orang yang sama-sama minat dan tujuan.. Terima kasih mommy atas tunjuk ajar dan bantuan serta kasih sayang.. Kawan-kawan RTI semoga kita semakin kedepqn mengekar impian.. Tolong kami Ya Allah.. Permudahkanlah segalanya.. Kayakan kami dunia akhirat.. Aamiin..
Post a Comment