31 October 2014

31 Oktober 2014

Assalamualaikum semua.. Harini hari terakhir bulan Oktober 2014.. Bermakna hari closing untuk Shaklee Independent Distributor..

Harini penat sangat rasa.. Malam tadi tidur tak lena.. demam Dhia naik sampai 39.8c.. Punyelah berdebar, Dhia pulah nangis-nangis kata sakit.. orang nak pegang pun tak boleh.. kejap sakit kaki.. kejap sakit kepala.. suruh urutlah.. Fiza syak dia sakit badan kot demam ni.. Sedih sangat tengok..

Bangun pagi ni demam Dhia dah surut , Fiza pun senang hati sikit nak gi kerja.. Sampai office buat kerja sekejap ibu pengasuh Dhia call kata Dhia muntah-muntah.. Mujurlah bos Fiza seorang yang sangat-sangat memahami.. "Tak apa Fiza uruskan anak dulu.." hui sejuk hati bos sangatlah memahami.. mana nak cari bos baik gini..

Sampai di rumah ibu memang Dhia melepeklah, ibu kata dia makan muntah, minum susu muntah so marilah kita ke klinik.. Doc Rosleena suggest refer hospital.. sekarang musim denggi katanya.. dengar denggi terus lagi bertambah debar..

Dekat kpj mak aih ramainya manusia.. Doc Siti Noor memang kegemaran ramai betul.. Doc Siti suruh warded sebab demam tinggi sangat.. Maka bermulalah episod meraung Dhia di sini.. Bergegar KPJ ni dengan raungan Dhia.. Nasib baiklah mama beliau mempunyai kesabaran yang tinggi.. Dia dah besar, dah tau sakit semua tu.. terus Dhia ajak balik..adik tatuit.. adik nanak.. dulu masa baby semua orang puji kena cucuk pun tak nangis..comel sangat perangai, sekarang bertambah-tambah tomei!!


Mujur ada menda ni.. baru diam..

Bercakap pasal closing, hati macam nak terkeluar, jantung macam nak tercabut.. berdebar sungguh nak memastikan effective ke tidak.. tapi orang lain debar ke tak? Relax je tengok..

Harini jugak hari terakhir berada di dalam group RTI.. group yang menyemai amalan rohani di dalam berbisness.. bersyukur sangat dikelilingi orang yang sama-sama minat dan tujuan.. Terima kasih mommy atas tunjuk ajar dan bantuan serta kasih sayang.. Kawan-kawan RTI semoga kita semakin kedepqn mengekar impian.. Tolong kami Ya Allah.. Permudahkanlah segalanya.. Kayakan kami dunia akhirat.. Aamiin..

30 October 2014

KISAH DHIA HARI INI..

Assalamualaikum semua.. Sihat semua? Fiza sihat tapi Dhia Fathiaa tak berapa nak sihat, demam pulak dia.. Malam semalam ok je main, sapu-sapu Herbal blend mama kat sofa.. Habis separuh herbal blend tu dia sapu.. Bertuah punya anakku..


"Selain daripada merawat gigitan nyamuk di muka, saya juga menyapu herbalblend Mama saya di sofa.. Mama yang kata krim ni multipurpose!",kata dhiafathiaa tanpa rasa bersalah.

Bangun je subuh tu Dhia dah terjaga, rasa badan dia panas sangat.. Terpaksalah Fiza EL (Emergency Leave) sebab kesian pulak nak hantar pengasuh, nanti jangkit pulak anak orang lain.. Pagi tu jugak jam 9 pagi terpacak dah Fiza kat Klinik Syed Badarudin Taman Guru, jumpa ferevet doctor Rosleena.. dia pun cakap lama dah Dhia tak demam alih-alih harini demam pulak.. Tak pelah dik, demam nak besar.. Semoga Allah sembuhkan adik cepat..


Malam ni suhu naik lagi 38.7c.. Mintak-mintaklah lepas makan ubat Dhia sihat ceria macam biasa.. Kesian dia merah-merah mulut.. Sampai mintak selimut sejuk gigil-gigilnya..  Korang doakan Dhia ye..

Anak cucu cicit TASF jom kita pulun habi-habisan closing esok.. biar bonus meletop bulan ni!! Aamiin..

29 October 2014

APA ITU VERTIGO?

Assalamualaikum semua! sihat tak? Korang semalam Fiza jalan-jalan blog, pastu singgah blog kak su, sebab I kan peminat dia.. Dia kan artis.. Tak kan korang tak kenal kot, Suraya Sulatin kot!! Kak Su, nak duiiitttt!  Dalam entry dia tu ade sebut-sebut pasal Vertigo, I macam ape kejadah kah itu Vertigo? Tapi I syak memang penyakitlah kan.. I kan bajet doctor.. Tapi dalam bajet-bajet tu baru harini I google sebab nanny I ada tulis dalam group pasal suggestion supplements untuk Vertigo..

Add caption

So Apa Itu Vertigo?
  • Vertigo ialah dimana suatu keadaaan yang seseorang itu merasakan alam di sekitarnya berputar. Perkara ini terjadi boleh disebabkan oleh ubat-ubatan, alkohol, virus, trauma kepala dan penuruan darah kepada otak.
  • Vertigo BUKAN penyakit! Tetapi boleh jadi gejala penyakit yang bermacam-macam. I silap ingat Vertigo tu penyakit.
  • Vertigo berasal daripada perkataan Yunani Vetere yang bermaksud berputar.
  • Kebiasaannya Vertigo berlangsung selama beberapa minit, tapi boleh jadi jugak berjam-jam dan berhari-hari. Biasanya Vertigo ni terjadi apabila menaiki kederaan dan melalui jalan-jalan berliku.
  • Stress juga boleh menyebabkan Vertigo.
sumber

Shaklee untuk Vertigo?

Ya! sudah semestinya Shaklee boleh membantu penghidap Vertigo. Fiza suggestkan silalah ambil Set Shaklee di bawah :

1. VIVIX --> mengimpak 4 mekanisma utama penuaan sel

2. B COMPLEX --> untuk peredaran darah dan fungsi utama sistem saraf

3. VITA LEA --> memberi keseimbangan vitamin dan mineral

4. VITA-C --> memperbaiki saluran darah dan peredaran darah

5. VITA-E --> melicinkan peredaran darah

6. LECITHIN --> diperlukan dalam fungsi saraf dan fungsi otak

7. OSTEMATRIX --> membantu dalam peredaran darah (denyutan jantung)

8. GARLIC --> membekalkan lebih oksigen ke otak

Haaa, pilih-pilih!! Semua membantu anda menjadi lebih baik! Jangan biarkan anda diselubungi Vertigo!
Jom hubungi Fiza sekarang..
Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/Whatsapp : 019 915 4727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Facebook Page : Fiza Zasmi Health Care 
Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD 
sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia, RM10.00 flat rate tak kira berat and 
 banyak mana anda beli.
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama saya!






28 October 2014

ANGIN MEDU PUNCA SUKAR HAMIL?

Assalamualaikum semua, semalam ada seseorang bertanya, adakah masalah angin medu boleh menyebabkan ketidaksuburan dan punca sukar hamil bagi seseorang itu? Biasa kita angin medu ni menyerang lelaki  je, kalau orang perempuan ni macam mana pulak kan? So mari Fiza jelaskan serba sedikit tentang angin medu ini..

Apa itu angin medu?

Medu Angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini.  Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.

Kesan angin medu?
  • ·         Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut.
  • ·         Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas.
  • ·         Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab.
  • ·         Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan.
  • ·         Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan.
  • ·         Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.
  • ·          Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu.
  • ·         Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini.
  • ·         Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
  • ·         Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.

  
Petua Melayu Lama:
  • ·         Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi. Ambil segenggam akar tersebut dan rebuskan dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.
  • ·         Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus dan minum airnya. Manakala, akarnya diasah dan sapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.


Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin:

Anda dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan dan minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu:

1. Makanan/Minuman Yang Sejuk:
- Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
- Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.

2. Makanan/Minuman Masam (berasid)
- Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
- Daging kerbau.

3. Makanan/Minuman Bergas:
Durian.
Tapai.
Air botol/tin bergas.

4.  Makanan/Minuman mengandungi Kafein.
 Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.
 Rokok.

5.  Lain-lain Makanan/Minuman Yang Boleh Mendatangkan Angin
Petai, jering dan kerdas.
Susu tin (cair, krimer atau pekat manis).

AMALAN BAGI MENGELAKAN SERANGAN ANGIN MEDU!!
  • ·         Buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.
  • ·         Kalau boleh, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.
  • ·         Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut anda tidak kosong.
  • ·         Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.
  • ·         Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.
  • ·         Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguhkan. Lepaskanlah.

So dalam kes sebegini biasanya Fiza akan suggest untuk ambil Peppermint Ginger Plus kerana kesannya sangat bagus untuk menangani masalah angin di dalam badan..



Selain untuk adalah sangat bagus anda amalkan Set Kesuburan Shaklee untuk suami isteri.. Kita ikthiar, insyaAllah Allah tolong orang yang berusaha dan sentiasa meminta kepadaNya. Aamiin..


SET KESUBURAN SHAKLEE






Alhamdulillah, ramai yang dah berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee, anda bila lagi?

Jom hubungi Fiza sekarang..

Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/Whatsapp : 019 915 4727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Facebook Page : Fiza Zasmi Health Care 
Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD 
sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia, RM10.00 flat rate tak kira berat and 
 banyak mana anda beli.
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama saya!



27 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE DIPERLUKAN DI SELURUH MALAYSIA!!

Assalamualaikum semua..

Korang akak memerlukan Pengedar Shaklee di seluruh negara Malaysia yang kita cintai ini.. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sila hubungi akak dengan segera.



Kelebihan Menjadi Pengedar Shaklee di bawah selian akak (downline akak ler) :

1. Shaklee adalah jenama TERKENAL & BERKUALITI

Shaklee adalah jenama terkenal yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana kualiti produknya dan harganya yg sangat affordable compare to produk2 lain dipasaran.

2. MODAL dan RISIKO yang RENDAH

Tidak seperti bisnes lain yang memerlukan modal yang tinggi (dan risiko yang tinggi), hanya modal serendah RM65 sahaja di perlukan untuk pendaftaran seumur hidup sebagai Pengedar Shaklee. Tidak ada yuran atau komitmen bulanan.

3. Harga AHLI YANG RENDAH

Semua Pengedar Shaklee boleh membeli produk Shaklee dengan harga yang lebih rendah. Jika anda seorang PENGGUNA TEGAR Shaklee, lebih baik anda mendaftar terus sebagai AHLI SHAKLEE walaupun tidak mahu berniaga.

Ini kerana anda dapat mengumpul point dan Shaklee akan memberi CASH BONUS daripada point tersebut. Ia ala-ala seperti Jusco Card, Tesco Card, Bonus Link. Kumpul point dan dapat BONUS.

4. BONUS yang LUMAYAN

Shaklee menawarkan pakej bonus yang lumayan kepada setiap Pengedar berdasarkan jualan. Ini termasuk bonus wang tunai, bonus kereta, percutian/ haji dan umrah dan banyak lagi. Lagi banyak jualan, lagi banyak bonus anda. Anda tentukan.

Jika tiada jualan jangan risau kerana anda tidak di kenakan sebarang caj atau komitmen bulanan. Cuma tiadalah bonus. Jadi tiada risiko di pihak anda.

5. Peluang MENJANA PENDAPATAN dengan MUDAH

Anda boleh menjadi pengedar Shaklee secara part time. Samaada anda bekerjaya ataupun surirumah, bisnes Shaklee sangat sesuai utk anda !! Ini kerana anda masih boleh membuat kerja seharian dan menguruskan bisnes Shaklee kerana ianya mudah. Semuanya secara online sahaja yang mana anda tidak perlu keluar dari rumah even ke pejabat pos pun. Sgt mudah dan jimat !!

6. Sistem online & PENGHANTARAN yang MUDAH

Shaklee mempunyai sistem online yang mudah di gunakan. Anda tidak perlu lagi pergi ke branch shaklee untuk mengambil produk dan kemudian ke pejabat pos untuk diposkan kepada pelanggan.

Order boleh dibuat melalui sistem online Shaklee dan produk akan di hantar terus oleh Shaklee kepada pelanggan anda melalui courier. Mudah dan menjimatkan masa dan wang anda.

7. Eksklusif SUPPORT GROUP yang sangat HEBAT

Dengan menyertai Shaklee sebagai pengedar dibawah naungan akak, anda akan dijemput khas ke support group yang hebat untuk sama-sama membantu anda memahami produk Shaklee dan teknik & tips utk bisnes secara online.

AMARAN !!

TAWARAN seperti diatas ini mungkin anda tidak perolehi jika mendaftar dengan orang lain selain daripada akak ya. Dan akak tidak bertanggungjawab jika anda tidak dapat BONUS seperti yang dinyatakan !!!

Berminat??

Sms@whatsapp akak : 019-915 47 27


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI AKAK!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"



Jom cepat!!!
posted from Bloggeroid

26 October 2014

ESP SHAKLEE + SHAKER = RM1xx.xx AJE!!

Assalamualaikum semua.. Selamat pagi.. Harini last cuti, akak rasa nak cuti panjang lagi nak spend time dengan family.. tak puas rase..

Uolss akak nak bagitau sempena promosi ESP ni jom dapatkan ESP SHAKLEE + SHAKER = DENGAN HARGA RM1xx.xx AJE!!


ESP SHAKLEE + SHAKER ORI SHAKLEE = RM1xx.xx AJE!!

ANTARA KEBAIKAN ESP :



Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Banyakkan faedah dan kebaikkannya.. rugi amatlah kalau uolss tak borong semasa promosi ni.. dapat shakerr pulak tu dengan harga rn1xx.xx!!

Whatsapp akak cepat 019-915 4727

posted from Bloggeroid

25 October 2014

Dapur Mama Fiza : Resepi Puding Roti Sos Kastard Bakar

Assalamualaikum semua..

Semalamkan uolss akak try masak Puding Roti Bakar.. Kenapa bakar? Sebab akak ade oven je uolss, periuk kukus, periuk ajaib bagai semua tu akak nanadoo..

Korang nak resepi? Ni resepi Kak Yani opismate akak yang bagi.. Akak ikut 95%.. hehehe

puding roti sos kastard

Mula2 panaskan oven 180°c.. Lepaskan terus step berikut..

Bahan A : Rendam untuk seketika takat
- 7 keping roti
- 2 atau 3 cawan susu segar (akak bancuh susu tepung Dhia aje.. susu segar tak ade..)

Bahan B : Pukul sehingga sebati, tapi akak malas nak pukul jadi akak ambil blender dan blend. Lebih mudah dan jimat masa.

- 4 sudu gula
- 2 biji telur saiz A
- 2 sudu besar buttercup (akak guna majerin biasa je)
- 1 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara nak masak, mula - mula masukkan Bahan A ke dalam loyang, lepas tu Bahan B pula. Sebelum tutup, taburkan kismis.



Setkan 30minit oven dan masak selama 30 minit.

Puding yang telah siap masak dan dah sejuk.

Untuk membuat Sos Kastard pula. Kacau dengan api yang pelan. Masak sehingga pekat dan ikut selera masing - masing.

- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air biasa
- 2 sudu besar gula

Dan hasilnya.......tadaaaa.........



Alhamdulillah jadi.. korang boleh la try.. :) tqvm kak yani ajar fiza..

posted from Bloggeroid

24 October 2014

GELAGAT ANAK-ANAK

Assalamualaikum semua... harini kami rakyat Pahang bercuti sempena Ulangtahun Keputeraan KDYMM Sultan Pahang..

Seronoklah bila cuti terkepit macam ni, Fiza cuti start Rabu lagi.. seronok sangat tapi Mia tak nak tidur kat rumah, nak tidur dengan atok ngan nenek katanya..

Mama datang ambil bila dah masuk kereta boleh pulak nak turun kata nak tidur dengan atok nenek..


Adik bagun tidur terus tanya mana kakak.. suram je rumah bila kakak tak ada..


Bila kakak balik seronok sangat!!


Dhia manja sangat dengan kakak Mia..
Buli pun boleh tahan jugak.. kakak mengalah aje..

Anak-anak, berbaikbaiklah sampai bila-bila ye.. sayang-sayang sampai syurga.. permata hati mama ni, mama sayang dunia akhirat..

posted from Bloggeroid

23 October 2014

SAYA JOIN SHAKLEE FREE AJE!!

Assalamualaikum semua... Malam ni terimbau kenangan mula-mula joint Shaklee, dalam setahun yang lepas.. Masa tu Fiza masik kerja di SUKMA Pahang..

Fiza asalnya memang makan Shaklee ni, sebab sakit pinggang lepas bersalin tak hilang-hilang.. Lepas tu mencari penyelesaian masalah sembelit Mia.. Teruk sangat gayanya sembelit dia..

Masa mula-mula tu Fiza tak tahu pun yang Shaklee ni MLM, Fiza ingat join member biasa macam joint member Watson ke ape.. I anti sangat MLM masa tu sebab one of my family kena tipu 5ribu sebab MLM.. Lagipun masa tu tak ada niat pun nak jadi member Shaklee, ingat nak beli barang je.. Sekali kebetulan ramai pulak geng-geng office nak tumpang order sekali... sebab diorang tahu Fiza mesti survey dulu kalau nak beli barang ke ape.. mesti dapatkan harga yang murah..

Jumlah order pertama Fiza pertama kali rm1200++ Banyak tu! Terus my mommy sekarang ni aka mak jemah offer free membership.. Seronoklah I!!

Bulan seterusnya terus dapat bonus rm150 gitu.. Fiza macam eh oklah kan kita tak kuar modal pun dapat bonus jugak... rm150 siapa nak bagi kan..

Bulan berganti bulan, seronok sangat join Shaklee sebab tanpa modal pun dapat bonus. Cash bonus tau, direct masuk akaun kita! Bukan voucher ke ape.. Dari ratus-ratus Bonus sebulan jadi ribu-ribu.. Sekarang dah melebihi gaji kerja hakiki Fiza lagi..

Syukur Alhamdulillah sebab Fiza kenal my mommy, kami ada supported group yang sangat kuat.. Semua saling membantu, tak ada dengki atau apa-apa.. Dari situ Fiza belajar yang Shaklee bukan macam MLM lain.. Kami patuh syariah.. kami bulan headhunting.. kami menjual barang.. kami jual kami dapat bonus.. Fiza memang tak percaya duduk saja dapat income ribu-riban.. Jatuh dari mana duit tu??

Korang kalau nak join Shaklee, nak free membership Shaklee jangan risau mula-mula anda hanya beli lebih kurang rm660 barang shaklee (200uv).. Dah dapat free membership seumur hidup bernilai rm75..

Lega sangat tanpa modal pun kita boleh jana pendapatan.. bantu suami dan keluarga.. boleh beli apa yang kita nak.. tak tersepit macam dulu..

Korang jom kita ubah hidup kita, keluar dari zon "selesa" kita ni.. Selesa apa kan kalau semua keinginan tersekat.. Nak bagi mak ayah duit pun tak mampu.. Mari join Shaklee, hubungi Fiza 019-915 4727.. Kita sama-sama berusaha menuju kejayaan!



Sangat gembira dapat Award di National Conference Shaklee..


Bersama Mr. Roger Barnet CEO Shaklee Corporation


Bersama My Mommy Master Wan Fatihanum pengasas Empayar Wahmillionaire yang sentiasa disisi bersama-sama denganku.. Mengajar dan memberi doronagan tak berbelah bagi.. Sayang sangat ni!! Terima kasih mommy..


Bersama my neni Master Lyna Noh! Pengasas Empayar iReach.. i adore you neni!!


First time jumpa my moyang Master Cery pengasas Empayar Jutawan.. Sangat-sangat dikagumi!!

Someday InsyaAllah akan ada nama Master Fiza Zasmi pengasas Empayar TASF! Aamiin Ya Allah..


Part of My TASF.. InsyaAllah kami akan sama-sama berjaya nanti..

Nak jadi sebahagian dari kami ?
Kasi wasap je Fiza 019-915 4727.. jangan malu-malu tau.. Malu rugi!
posted from Bloggeroid

22 October 2014

JOM FOLLLOW INSTAGRAM vitamin_akak_dara

Assalamualaikum semua..

Korang jom follow instagram vitamin_akak_dara!



Siapa Akak Dara ni? Hahaha nantikan gambar baru dalam ig beliau ye.. Tapi nak bagitau yang beliau sekarang buat giveaway..



Hadiah bertuah untuk 5 follower terpilih.. jom follow sekarang!!

posted from Bloggeroid

21 October 2014

KHASIAT BUAH DELIMA UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum semua... Tadi Mia cerita dia beli buah delima dengan atok dia kat pasar malam.. beli lapan biji dapat sebelas bijik uolss.. Untunglah Mia atok layan je nak apa.. Papa kata dulu papa nak tak dapatnya macam Mia..

Buah delima ni ada disebut di salam Al-Quran antaranya :

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

Rasulullah bersabda, “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)

Banyak khasiat buah delima ni, untuk yang mengandung dan jugak yang tak mengandung.. budak-budak pun elok makan buat delima..

Khasiat buah delima :

-Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
-Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
-Menyingkirkan lemak berlebihan
-Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
-Mencegah rasa mual
-Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
-Mencantikkan kulit muka (kulit baby)
-Membantu memulihkan pesakit kencing manis (diabetis ketika hamil)
-Berupaya menghapuskan kahak
-Memberi tenaga dan mencegah keletihan
-Mencegah angin ahmar bagi warga emas
-Meningkatkan peredaran darah
-Mencegah dan merawat kanser
-Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
-Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
-Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
-Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
-Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
-Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
-Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
-Membantu mengurangkan batuk dan lelah
-Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
-Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
-Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
-Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
-Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous

Bagus kan delima ni.. sekarangkan dah musim buah delima.. jom kita makan ye..



Merahnya buah delima ni.. Mia beli tak merah pun tapi maniss... teringat ayah belikan di Mekah untuk Fiza masa mengandung Mia dulu..

Eh jom try ESP + Pati Delima, pasti mengancam berganda-ganda!!!

posted from Bloggeroid

20 October 2014

TERINGIN

Assalamualaikum semua...

Teringin aish lain macam je Fiza sebut teringin ni.. Teringin ke mengidam ni??

Betullah teringin... Teringin nak makan Ikan Celup Tepung!

Haritu masa last makan Ikan celup tepung ni tak dapat menikmati betul-betul sebab Dhia terekik tulang.. spoil terus nak sambung makan..

Dhia and Mia memang suka sangatlah ikan celup tepung ni.. Tapi ikan kalau kecik-kecik ni kena tengok tulang dia.. Kadang kalau mama dah tengok betul-betul pun ada lagi terselit tulang halus.. Lagi satu tangan diorang berdua ni bukan boleh duduk diam, tak sabar nak makan habia dia cuit sendiri..

Kebetulan petang tadi ada orang jual ikan datang office.. Banyak kali dah diorang datang, tapi Fiza selalu terlepas nak beli.. Ikan diorang ni segar dari Pantai Beserah.. tu yang ramai borong tu.. Petang tadi ada ikan pelaling aje, tapi yang besar-besarlah.. yang kecik-kecik takkau la..


Taaraaaa jadilah ikan celup tepung impian fiza!

Ni terpedaya dengan gambar Kak Nor officemate la ni, dia post terus terliur..

Fiza gaul dengar telur and tepung kentuky je.. kak Nor kata dia letak tepung beras, tepung gandum dan tepung kentuky.. mesti lagi sedap! Fiza punya tak rangup sangat..

Korang terliur gi lah buat jugak..
Byebye semua..

posted from Bloggeroid

19 October 2014

PROGRAM ANAK ANGKAT KLINIK PERGIGIAN PAYA BESAR KUANTAN

Assalamualaikum semua.. Damiakan masa dia umur 6 bulan gitu ada nurse offer dia untuk jadi Anak angkat Klinik Pergigian Paya Besar ni.. Nurse tu cakap dengan Papa Mia, I pun tak pasti tujuan program ni..

Lepas tu hati Jumaat lepas mak angkat Mia aka nurse kat sini panggil lagi untuk check gigi Mia.. 6 bulan sekali InsyaAllah dia panggil..



After dia chek-chek gigi Mia, dia sapu florex (eja gitu rasanya) sejenis florida untuk perlindungan gigi..



Dhia pun tumpang sekaki... Nurse tu pun daftarkan Dhia untuk program anak angkat ni..

Bagus program ni, I rase patut diperluaskan lagi untuk orang ramai.. Atleast kalau bebudak ni diberi pendedahkan awal pasal gigi dan doctor gigi ni diorang tak kan jadi takut.. Macam I dulu masa kecik takut betul dengan doctor gigi.. Doctor datang rasa nak tercabut jantung..


Mak angkat Mia Nurse Shuzaini.. Tqvm nurse...


Happy sangat dapat jumpa mak angkat.. Nurse kata bulan 12 ni Mia dah grad.. tak sabar nak tunggu!!

byebye semua..

posted from Bloggeroid

18 October 2014

SELAMAT BERTUNANG KHADIJAH!

Assalamualaikum semua.. Hari ini Dijah bertunang uolss! Besar dah dijah.. hahaha..



Semoga Dijah dan pasangannya Man selamat mendirikan rumahtangga tak lama lagi.. Fasa bertunang ni kadang-kadang menguji, moga korang relax-relax aje dan sentiasa bersabar.. cewahh adikmu ni kan dah berpengalaman..



Dijah dengan En. Tunang beliau.. Man jaga Dijah molek-molek.. Walau dia tu selenger tapi dia baik hati.. hahaha

Ok Fiza on the way KL ni.. doakan perjalanan kami selamat..

Assalamualaikum..

posted from Bloggeroid

17 October 2014

KHIDMAT COD SHAKLEE AREA KUANTAN, PAHANG

Assalamualaikum semua.. jam 10.58 malam, Fiza baru sampai rumah dengan dua bodyguard Fiza..




Papa Din adahal malam ni so I tak ada driver.. Ku mengharunglah hujan renyai dan jem malam minggu di Kuantan ni... Ada 4 tempat kena COD malam ni..

Jam 8 malam geraklah Fiza dari rumah bersama dua bodyguard ku ini ke destinasi pertama.. Sampai tertido dalam kereta.. Sampai bandar jam 8.20 malam, I mesej and call kata dah sampai tempat yang dijanjikan.. tunggu punya tunggu 45 minit berlalu, orang yang berjanji tak kunjung tiba.. sedih rasa nak nangis.. dekat sejam masa terbuang begitu sahaja..

Terfikir adakah Fiza patut mansuhkan aje perkhidmatan COD ni?

Jawapannya tidak... tidak sesekali sebab Fiza tahu bukan semua customer Fiza akan buat Fiza begitu..

Alhamdulillah 3 lagi tempat selamat Fiza hantar.. mujur jugak ada orang cipta apps Waze.. memang membantu Fiza hantar barang sampai depan pagar customer.. TQ waze!

Sampai rumah, baru customer yang tak jadi datang tu mesej kata dia tertinggal hp.. Fiza kata apa? Fiza katalah tak ape.. nak cakap apa lagikan.. biar dia tentukan pulak nak jumpa dimana dan bila.. Fiza tak nak masa dan minyak Fiza terbuang dengan sia-sia..

Jangan tak tahu, perkhidmatan COD Shaklee area Kuantan ni Fiza lakukan tanpa cas tambahan tau.. Bagitahu je nak hantar di mana dan Fiza akan hantarkan.. Apa yang Fiza harapkan customer happy, Fiza pun happy...

So jangan malu-malu segan- segan whatsapp Fiza 019-915 4727 untuk tempahan ye..

Byebye semua...
Selamat malam...
Assalamualaikum..

posted from Bloggeroid

16 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE PETALING JAYA, SELANGOR SERTA MENTAKAB, PAHANG.. 2 in 1 uolsss!

Assalamualaikum semua.. Harini goverment dapat gaji ye? Patutlah berdesup pm dan whatsapp ye.. lenguh tangan nak balas tapi I seronok aje.. bagus-bagus! Macam ni baru betul, dapat gaji sedikit tu dilaburkan untuk kesihatan diri dan yang tersayang..

Kalau korang nak order dan mencari pengedar Shaklee area Petaling Jaya boleh hubungi Puan Laili Abdullah ni di talian 0176784153..



Puan Laili juga boleh juga dihubunhi melalui Facebook beliau : Norlaili Abdullah..

Selain daripada Petaling Jaya, Selangor, Puan Laili juga melakukan COD di sekitar Mentakab dan Temerloh, Pahang.. Husband beliau bekerja di sana, so memang boleh je kalau nak COD area sana..

Korang jangan lupa tau, hubungi Puan Laili di talian 0176784153.. Service tip top punya.. kasi hello aje terus sampai depan rumah..

Promosi ESP dan Meal Shakes masih berlangsung tau!



Bye bye semua..

posted from Bloggeroid

15 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE DI TAMAN TAS KUANTAN PAHANG

Assalamualaikum semua.. Sihat?

Jaga kesihatan ye semua, sekarang musim panas, hujan, panas, hujan.. Budak-budak pun mudah la sakit time macam ni.. Mintak jauhlah Ya Allah.. Supplement shaklee jangan lupa ambil tau, untuk anak ambil Mealshake, Chew Vita C dan Omega Guard, InsyaAllah kesihatan mereka terjamin.. Penyakit susah nak hinggaplah!!

Ok korang kalau mencari Pengedar Shaklee di Kuantan ni boleh juga hubungi Ieda Dayah di talian 017-956 3621.. Ieda Dayah ni cover area Taman Tas, Gambang, Inderapura dan sekitar Kuantan.. Kalau anda nak COD je call je beliau..


Jangan lupa tau...  
Call Ieda Dayah di talian 017-956 3621

14 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUCHING, SARAWAK.

Assalamualaikum semua! Sihat? Happynya bila bonus dah masuk.. Orang lain poket kering tengah bulan, I happy sebab tak perlu risau dah income 2 buan sekali..

Korang back to our topic, Fiza nak maklum jika anda mencari Pengedar Shaklee Di Bako, Petra Jaya, Tabuan, dan sekitar bandar Kuching anda boleh hubungi Intan Miza di talian 011-1655 3844



Kalau nak COD pun boleh, call aje Intan Miza ni.. Ready stock InsyaAllah ada..

Jangan lupa ye kalau anda mencari Pengedar Shaklee Di Bako, Petra Jaya, Tabuan, dan sekitar bandar Kuching Sarawak boleh hubungi Intan Miza di talian 011-1655 3844..

Orang Sarawak jom borong Shaklee! Promosi ESP dan Mealshakes jangan lupa tau! Untuk 0ktober 2014 sahaja ni..


posted from Bloggeroid

13 October 2014

ESP + TAMAR COCOA : TERANGKAT!

Assalamualaikum semua.. Sihat tak? Sekarang musim ribut kan, pagi tadi lalu tengok ada pokok besar tumbang.. Mintak janganlah berlarutan Ya Allah.. takut.. tengok kat Johor tu sampai jejantas runtuh.. tu lagi kuat angin..

Ok back to the topic.. Fiza nak share ni.. Baru-baru ni Fiza beli Tamar Cocoa, memang niat nak minum pagi-pagi dengan ESP.. Tapi ESP habis, bila order je customer borong.. yelah kan mestilah kena utamakan customer.. so Fiza orderlah promo Buy 6 Free 1 ESP tu dapatlah Fiza rembat 1.. Tak leh tahan dah nak shake ESP jugak hari-hari..

First try ESP dengan Tamar Cocoa fullamak memang sedap giles la!! Rasa dia lain dari kita campur dengan Milo.. Lagi sedap uolss!


My First ESP + Tamar Cocoa! Rasa nak buat lagi sekali harini..

Jom sesiapa nak order ESP dan Tamar Cocoa area Kuantan, Maran, Kasi hello aje Fiza 019-915 4727


Yang ni ESP yang bakal terbang ke tuan-tuan mereka.. Sabar ye para pelangganku tersayang.. Nanti repeat lagi ye sementara harga murah-murah ni..


Ready stock dalam tangan, cakap je bila nak ambil ye.. Kalau nak pos pun boleh.. :) Jangan lupa tau ESP Shaklee tengah promosi lagi tau! Nak beli satu-satu pun boleh..

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.. 
jom sambar ESP seCan dua! 
Tapi kalau anda beli 6 anda akan dapat :
++ PERCUMA 1 CAN ESP 
BERNILAI RM150!
++ PERCUMA MEMBERSHIP SHAKLEE 
BERNILAI RM65!
++CASH BONUS SHAKLEE!

Bagi Orang-orang Kuantan jangan lepaskan peluang ini, kalau anda nak Fiza COD, kasi hello aje dan InsyaAllah Fiza akan hantar sampai depan rumah anda!

Byebye Semua
Assalamualaikum..
Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/Whatsapp : 019 9154727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia, RM10.00 flat rate tak kira berat and 
 banyak mana anda beli.
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama Fiza!

posted from Bloggeroid

12 October 2014

Bajet 2015 - Apa kata Fiza?

Assalamualaikum semua.. sihat? Dulukan masa Fiza kecik-kecik, perbentangan bajet nilah paling nyampah nak tengok? Yelah kacau I nak tengok tv..

Tapi sekarang nak kata suka tu tak lah jugak, tapi dengarlah jugak.. Dengar ke tak tempias tetap kene jugakkan?



Apa yang terkandung dalam Bajet2015 ? Antaranya :

#Bajet2015 : RON95, Diesel dan LPG Tidak Dikenakan GST http://fb.me/1KNVEndqR Rakyat News

#Bajet2015 TalentCorp menyediakan RM30j utk Industry Academia Collaboration - Rakyat News

#Bajet2015 Rebat 10% dicadangkan untuk peminjam PTPTN yg bayar balik selama 12 bulan berturut-turut hingga akhir 2015 - Rakyat News

#Bajet2015 Program MyBrain15 untuk hasilkan pemegang PhD dicadang diperluaskan kepada penjawat awam & kakitangan badan berkanun - Rakyat News

#Bajet2015 RM3bln disediakan untuk menaja pelajaran melalui @jpagov, @KemPendidikan, dan @KKMPutrajaya - Rakyat News

#Bajet2015 RM800 juta untuk membangun dan menyelenggara fasiliti - Rakyat News
#Bajet2015 RM1.2bln untuk meningkatkan pengambilan pelajar di kolej vokasional dan kolej komuniti serta menaik taraf kolej - Rakyat News

#Bajet2015 RM250 juta disediakan untuk program Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah dan program Rakan Peningkatan Sekolah - Rakyat News

#BAjet2015 Pengurangan #Cukai pendapatan 1 - 2% utk koperasi, syarikat daripada 25% kepada 24%, dan PKS sebanyak 1% - Rakyat News

#Bajet2015 Kadar maksimum cukai pendapatan individu dinaikkan kpd RM400k; kadar maksimum dikurangkan kpd 24 - 25% - Rakyat News

#Bajet2015 Pengecualian cukai pendapatan kepada golongan berkeluarga berpendapatan RM4k sebulan ke bawah - Rakyat News

#Bajet2015 Pengurangan beban cukai melalui: 1) penurunan cukai pendapatan individu dgn kadar 1 hingga 3%

#Bajet2015 Kerajaan akan keluarkan "shoppers' guide" untuk membuat perbandingan harga sebelum dan selepas #GST. - Rakyat News

#Bajet2015 Penjualan runcit petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan #GST. - Rakyat News

#Bajet2015 : Petrol, Diesel Tidak Dikenakan GST http://fb.me/26TfXNAYy

#Bajet2015 Kadar penggunaan elektrik tidak dikenakan #GST dinaikkan kepada 300 unit pertama, memanfaatkan 70% isi rumah.

#Bajet2015 Untuk Rakyat : Peruntukan Dinaikkan RM273.9 bilion http://fb.me/2EhnWjUsU

#Bajet2015 Skop barangan yg tidak dikenakan #GST diperluas termasuk buah-buahan, roti putih dan ubat-ubatan Penting Nasional - Rakyat News

#Bajet2015 RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM - Rakyat News

#Bajet2015 Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan
hasil kerajaan RM13.8 bilion. - Rakyat News

#Bajet2015 Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan GST pada 2015. - Rakyat News

#Bajet2015 Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion). - Rakyat News

#Bajet2015 Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan
dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion). - Rakyat News

#Bajet2015 Peruntukan RM1.3 bilion kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. - Rakyat News

#Bajet2015 : BRIM Fokus Rakyat Berpendapatan Rendah http://fb.me/2ybTsEAh5 - Rakyat News

#Bajet2015 : Kerajaan Pastikan Tahap Hutang Kekal Terurus http://fb.me/3Z5Bl0Qcn - Rakyat News

#Bajet2015: Tujuh Langkah Rancak Ekonomi Negara http://fb.me/1q0G6i1My - Rakyat News

#Bajet2015 Pinjaman mudah kpd PKS kpd kaum Cina sbyk RM50j & RM30j utk penjaja & peniaga kecil - Rakyat News

#Bajet2015 Tambahan dana RM500j utk pembiayaan perniagaan oleh TEKUN - Rakyat News

#Bajet2015 RM316 juta diperuntukkan utk pelbagai program di bawah - Rakyat News

#Bajet2015 MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya; dan 7) Projek LRT3 menghubungkan Bandar Utama ke Shah Alam & Klang - Rakyat News

#Bajet2015 Naik taraf landasan keretapi Pantai-Timur iaitu jajaran Gemas-Mentakab, Jerantut-Sg Yu & Gua Musang-Tumpat - Rakyat News

#bajet2015 Lebuh Raya Lingkaran Luar KL - Hubungan Timur; #infrastruktur

#Bajet2015 Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting; 3) Lebuh Raya Damansara - Shah Alam - Rakyat News

#Bajet2015 Bagi 2015, beberapa projek #infrastruktur akan dilaksanakan iaitu: 1) Lebuh Raya Sg Besi - Ulu Klang - Rakyat News

#Bajet2015 Potongan cukai bg penerbitan sukuk Ijarah & Wakalah dilanjutkan ke tahun taksiran 2018 - Rakyat News

Kita lalui jelah.. Moga Allah swt bukakan pintu rezeki kita semua.. Kalau nak beli Shaklee call fiza ye.. 0199154727

posted from Bloggeroid

10 October 2014

KIPSAS DAPAT SIJIL ISO 9001:2008 DAN MS 1900:2005!!

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah semalam telah selamat berlangsung Majlis Penerimaan Sijil ISO 9001:2008 DAN MS 1900:2005 oleh pihak SIRIM kepada Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).. Majlis yang ditunggu-tunggu ini berlangsung di Hotel Shahzan Inn dan dihari oleh warga kerja KIPSAS termasuklah I ni.. Walaupun I datang sekadar nak pegang dulang je tapi I bangga tau, I nampak macam mana officemate I bertungkus lumus nak memastikan semuanya berjalan lancar... Bangga I dengan diorang!




Happy bos I.. :) InsyaAllah tak lama lagi kolej kami KIPSAS ni akan dinaiktaraf kepada Kolej Universiti.. So adik-adik yang masih mencari tempat nak sambung belajar lepas habis SPM ni jomlah masuk KIPSAS! Kami ada macam-macam jurusan samaada Diploma dan Ijazah.. Belajar kat sini macam belajar kat Universiti Al-Azhar! Orang kat sini pun baik-baik, macam akak..


Walau I tukang angkat dulang, I masuk jugak amik gamba.. I pun tak tahu kenapa, macam gambar dengan I susah beno nak pisahkan..



Adik-adik yang nak menyambung pelajaran di KIPSAS boleh hubungi 09-5915353 (Bahagian Perhubungan Awam) kata kat dia kak Fiza promote masuk KIPSAS ni.. Atau pun kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari www.kipsas.edu.my


Akhir kata, jemput tengok makanan orang kebuluq dari pagi sebab tak dapat makan.. tengok muka kat atas jelah, nampak terus bercahaya bila makanan depan mata..

byebye semua..
Assalamualaikum..

p.s : KIPSAS nak uwett ;p