21 September 2014

SEPETANG DI TAMAN ESPLANET KUANTAN

Assalamualaikum semua..

Selamat hari Ahad.. Alamak esok Isnin dah kena kerja... T-T Dhia kalau Fiza cakap 'Adik, esok mama work..' mesti dia balas 'Ala adik nak mama... Sedih lahai kena tinggal anak.. Sabar ya anak-anak Mama, tak lama je lagi.. Petang tadi kami habis kan masa di Taman Esplanet Kuantan.. Dulu orang setempat menamakan Taman Esplanet ni dengan nama Benteng.. Sekarang nama kenalah glamor sikit seiring dengan status Bandar Kuantan.. Taman Esplanwt ini terletak di Jalan Besar Kuantan.. Berhadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)..



Sebenarnya kalau malam lagi cantik Taman Esplanet Kuantan ni.. Ala-ala I-City, apabila malam suasana taman ini dihiasi pokok-pokok lampu led.. betul ke led?



Inilah sebab musibab utama anak-anak Fiza suka Taman Esplanet Kuantan ini.. Kawasannya dilengkapi dengan taman permainan yang mesra kanak-kanak.. besar dan menyeronokkan.. Lagipun Taman Esplanet Kuantan ni baru diubahsuai, cantik dan baru gitu...



Tak sangka betul Mama, Damia Fareeda dah berani nak naik gelongsor terowong tinggi ni..



Adik Dhia Fathiaa main yang rendah-rendah dulu..



Seronok sangat gayanya... Begitulah kami menghabiskan masa hujung minggu.. Selalunya memang dihabiskan masa bersama keluarga.. ;)

Bye-bye semua..
Assalamualaikum...

posted from Bloggeroid

Post a Comment