25 September 2014

RAGAM CIK DHIA FATHIAA

Assalamualaikum semua.. Orang kata lain anak, lain ragamnya.. Cik Puan Muda Dhia Fathiaa Fiza ni macam-macam ragamnya... Lain sikit dari kakaknya Damia Fareeda yang tak banyak ragam..

Dhia Fathia anak kedua, tak boleh panggil bongsu sebab I is teringin anak boboy.. Orang kata anak kedua ni perangai dia lain macam sikit, kena ikut cakap dia aje..

Betullah kot sebab memang gitulah perangai Cik Dhia kita ni.. Dhia garang tapi manja.. Dia hanya akan ikut cakap kita kalau dipujuk-pujuk, dimanja-manja.. Kalau dia nak apa-apa tu tak boleh nak sabar.. Nak tu nak jugaklah.. Kalau nangis bergegar ECM.. Drama Queen jugak ni..


Makan dulu kini dan selamanya sendiri.. Sangatlah suka ayam and desert.. eh macam mama dia aje..


Selfie pun minat jugak.. pandai senyum!


Sangatlah malu nak pakai tudung.. Pakai baju kurung pun puas paksa.. tapi suka pakai topi papa dia..


Penakut jugak orangnya.. ni masa masuk muzium..


Basikal dia tak boleh kongsi.. basikal kakak dia takpe.. sejak basikal ni ada Damia pernah naik sekali aja.. itupun cuma 1minit.. meraung macam orang rampas laki..


Manja sangat! Tak reti main game pun kakak, semua kakak.. Gaduh pun boleh tahan 2 orang ni..


Ice cream memang no 2 lah.. no 1 ayam goreng! Satu lagi Dhia ni suka naik stroller, ataupun berdukung... Kakak dia dulu suka jalan..


Tengok muka tu kalau senyum! Boleh buat rindu... kalau nangisssss...

Gitulah cerita puteri kedua Fiza ni.. Buat adik, mama sayang adik sangat-sangat walau kadang-kadang adik selalu tarik rambut mama.. gigit mama.. mama sedap ye dik?

posted from Bloggeroid

Post a Comment