11 September 2014

ORANG KUAT MENGAMUK NI MANJA SEBENARNYA..

Hahahaha.. tajuk tak boleh blah..

Eh eh.. Assalamualaikum semua..

Baru tulis assalamualaikum dah ada gangguan, hilang idea-idea bernas I..

Ok back to our topic, DHIA FATHIAA anak Fiza yang bongsu tu memang Tantrum dia boleh tahan mencabarnya.. Macam-macam cara Fiza buat nak bagi dia kurang-kuranglah mengamuknya.. Dan selalunya gagal sebab Mama dia pun kepala hangin.. bukan kepala je, satu badan angin.. Biasa kalau Dhia dah start Tantrum tu Papa din akan take over the situation.. Kalau Papa dia tak ada, Fiza pujuk-pujuk tak jalan memang jalan keluar yang Fiza selalu ambil is biarkan dia menangis dan berharap dia berhenti, tapi tak ada maknanya! dia nangis guling-guling lagi adalah..

Tapi mengikut kata Ibu Pengasuh Dhia ni, mana ada dia buat perangai pun, baik je kalau kat rumah pengasuh, tak nangis pun, buat orang nangis adalah.. hahhaha





My Dhia Fathiaa.. Sinaran Kemenangan!

Tapi haritu masa Papa Din kena pergi kursus seminggu, Fiza kena jaga dia orang berdua sendiri, Fiza dah tetapkan dalam hati cuba untuk tidak meninggikan suara dan marah-marah.. And know what? Fiza berjaya! huahuahua.. macam garang sangatkan gayanya sebelum ni.. Apa yang Fiza buat ialah bila dah start dia mengamuk (tantrum) Fiza cepat-cepat peluk dan cakap Mama sayang Dhia, mama sayang adik.. Mula-mula dia meronta, tapi Fiza still peluk dan dukung sambil Fiza cakap, Mama sayang adik, mama sayang adik..bila dia dah ok pun still manjakan dia.. (Tips ni Fiza belajar dari Ibu - Prof. Dr. Rozieta Shaary)

Dhia Fathiaa, memang dia nak sangat perhatian.. Yelah, dia 5hari seminggu duduk rumah pengasuh, keluar jalan-jalan pun tak.. bila dekat rumah memang dia nak Fiza layan dia, main dengan dia.. so Fiza cuba dalam setengah jam pertama bila sampai rumah tu layan dia dan Damia main.. buatlah apa-apa pun, asal kita main dengan dia, main lego ke, makan ke (makan lagi!) dan duduk ambil angin kat luar dulu ke.. Memang nampak sangat perubahan Dhia. kalau kita panggil pun dia suka panggil ala-ala manja gitu.. pastu datanglah terkedek-kedek.. Manja sangat tau!

Papa Din kata Dhia mengikut sangat perangai Mama dia ni.. hahaha kalau ingat masa kecik gitulah perangai Fiza, kalau Fiza nak, nak jugaklah.. Makin dipujuk, makin kuat nangis.. Kepada Mak, tahniah anda telah menjadi Mak paling sabar di dunia ini.. hehehe i love you Mak & Ayah.. :)

Bye-bye semua..



Post a Comment