03 September 2014

MISI MENCARI HADIAH BIRTHDAY DHIA FATHIAA

Assalamualaikum semua!

Balik je kerja hari ini terus ambil Dhia di rumah pengasuh dan terus ke rumah Mertua nak ambil Damia pula.. Kebetulan Papa diorang tak balik lagi.. lambat sikit katanya ada meeting...

Dah lama dah sebenarnya kami suami isteri fikir nak beli apa untuk Cik Dhia kita ni.. Salah satunya terfikir nak beli basikal.. Dhia memang advanture sikit orangnya.. barbie ke doll-doll ni dia kureng sikit..

Kebetulan Papa Din menghala ke bandar, kami singgah di JBS Jalan Besar.. Memang banyak pilihan basikal di kedai ni..



Papa Din mula-mula nak tengok-tengok je dulu, kami duduk dalam kereta je.. Sekali Dhia nak ikut sekali.. Fiza dan Damia pun apa lagi, jom kita turun kakak...



Sesi memilih basikal pun bermula...




Nak beli yang kecik ke yang besar??



Macam baby la pulak kena tolak...



Yang ni comel!! Pinky gitu...



Kakak Mia pun try-try juga.. kot-kot Papa nak belikan sekali...

Selesai tengok-tengok, kami pun mengambil keputusan untuk survey kedai lain dulu... Sebab masing-masing dah lapar, jum kita makan dulu....

Misi mencari hadiah Dhia Fathiaa bersambung lagi.... Nantikan... hehehe
Post a Comment