24 September 2014

JULLY LAUNDRY COINS SERVICE PILIHANKU

Assalamualaikum semua.. Kerja rumah paling malas tak ada masa nak buat ialah jemur kain baju.. Memang ya ampun malas sangat sebab kalau tengahari tu dah panas Fiza pulak tak balik tengahari dah amsam baju, kalau pagi terkejar-kejar nak pergi kerja.. So sebagai wanita bekerjaya kita lupakan sahaja niat menjemur kain, gunakan masa sepenuhnya.. Malas, banyak je alasannya kan..

Dulu sebelum kenal-kenal dengan Jully Laundry Coins Services ni, Fiza hantar baju yang dah siap dibasuh ke kedai Dobi.. Tapi sejak dobi ni tak melipat baju mengikut piawaian ISO I, kadang-kadang tak lipat pun, memang malas dah nak hantar.. Kita nak jimat masa lipat dan jemur tu, bayar mahal-mahal tapi kerja cincai. I is dont like.

Satu hari tu, Fiza jalan-jalan dekat Indera Sempurna, ternampak Jully Laundry Coins Services ni, terdetiklah nanti nak pergi sinilah..



Papa Mithali sungguh! TQ selalu teman..


Kawasan dalam Jully Laundry Coins Services ni.. Ada mesin basuh kecik, besar dan dryer.. Dryer kat belakang tulah Fiza selalu guna.. RM3.50 sahaja satu mesin.. oklah dari berpuluh-puluh dekat dobi tu.. Masa mengering tu 45 minit, kalau lapar boleh gi makan dulu.. Time terbaik pergilah masa hari pasar malam, korang habis je round pasar malam tu, kain pun siap.. Pasar Malam pun dekat aja.. Hari Selasa tau pasar malam kat Inderasempurna..


Cara mengguna mesin di sini.. Fiza dulu mula-mula blur jugak, cara ajar ada tapi harga tak ada.. nasib baik ada orang jaga masa tu, so dia ajarlah.. kena guna duit syiling 50 sen yang lama tau.. kalau duit syiling baru dia tak nak.. kalau korang tak ada duit syiling boleh tukar kat mini market sebelah dobi ni, mini market ni pun Jully yang punya.. so tak ada hallah nak tukar duit..

Dah siap kering tu terus Fiza lipas kat situ jugak.. Senang dah balik susun je dalam almari.. Kalau tak lipat maknanya minggu depanlah kalau lipat pun..

Tips : Kalau nak gunakan mesin pengering (dryer) pastikan anda mengibas-ngibas dulu baju tu.. kalau baju bergulung-gulung dikhuatiri akan menyebabkan baju tak kering sepenuhnya.

Siapa nak pergi boleh la ke alamat seperti berikut :

A 25 LORONG TIS 2 ,JALAN KUANTAN,
TAMAN INDERA SEMPURNA 
25150 KUANTAN, PAHANG..

Byebye semua..
Assalamualaikum..
Post a Comment