27 September 2014

DAPUR MAMA FIZA : SALAD WITH BBQ CHICKEN

Assalamualaikum semua.. Malam tadi sibuk whatsapp Kak Yani my officemate tanya resepi nak buat Salad.. Sebab Kak Yani pakar giles buat Salad, sedap tahap jilad bekas..

So pagi ni marilah kita mulakan misi.. Pagi-pagi dah ke pasar cari sayur segar..


Muka sebek tak pakai bedak pun.. tak sabar sangat nak beli sayur..

Dah sampai rumah marilah kita start buat Salad dan BBQ Chicken.. Alang-alang dapat ayam sekali kat pasar tu.. Buat sikit aje sebab Papa Din dah gi tolobg sedara kenduri.. I gi lewat sikitlah, Damia demam sikit malam tadi.. Resepi ni Kak Yani bagi lepast Fiza olah sikit ikut taste I..

Resepi BBQ Chicken :



1/4 belah ayam (Fiza guna bahagian peha)
1sudu Sos BBQ
1sudu Olive Oil
1sudu Cuka Epal (Fiza guna jenama Bragg beli dekat Guardian)
Sedikit serbuk lada hitam dan garam

Cara-cara :

1. Basuhkan ayam buang kulit dan lemak (katanya diet gitew)
2.Gaul semua bahan di atas dengan ayam dan simpan kejap dalam peti ais.
3.Panaskan oven 150°c selama 15minit (nak panaskan oven tipsnya kena pasang suhu rendah dulu bagi menjaga jangka hayat oven tu, kalau panas terus oven cepat rosak)
3. Selepas 15 minit, masuk kan ayam dan tinggikan suhu ke 250°c dan biarkan ia masak selama 25-30minit



Lepas tu kita start keluarkan sayur untuk Salad pula..


Ini sahaja sayur yang sempat di rembat di pasar tadi..

Bahan-bahan untuk Salad :

Salad (potong kecil)
Kobis Ungu (potong kecil)
Tomato (potong kecil)
Bawang (hiris)
1sudu Olive Oil
1sudu Cuka Epal
3sudu Sos Salad Mayolite
2sudu Sos Salad Thousand Island
1 biji Telur (direbus)
Sedikit serbuk Lada Hitam



Cara-caranya gaul sahaja semua bahan diatas hingga sebati..

Hidangkan bersama telur rebus dipotong dua..

Siap sudah breakfast kami! Jemput tengok...


Damia dan Dhia suka sangat ayam yu.. sampai tak cukup suruh masak lagi.. Kembang hidung mok nok!

ByeBye Semua..
Assalamualaikum..
posted from Bloggeroid
Post a Comment