04 September 2014

CERITA LUCU DAN KELAKAR!

Assalamualaikum semua...

Malam-malam macam ni teringat cerita kelakar yang kawan-kawan hantar dalam group whatsapp.. Gambar-gambar pun ada.. Selalu buat Fiza gelak sorang-sorang.. Nak tau cerita apa? Meh Fiza kongsi...


"MISTERI PENJARA PUDU" SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP? Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " "Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ..."
Tahniah kerana minat membaca. 

ROKOK TIDAK MERBAHAYA BAGI KESIHATAN. Khusus utk perokok…!!! JADI BERMAKNA Rokok TIDAK MERBAHAYA!!! Banyak orang berfikiran bahawa rokok merbahaya, tapi setelah diselidik oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak merbahaya. Ada sebuah the untold story yang membuka mata dunia bahwa rokok itu tidak merbahaya sama sekali. Ada tiga orang pakar dan mereka selalu bersama kemana saja. Tapi ketiga tiganya memiliki kesukaan berbeza, Pakar A = DR Jon @ suka perempuan Pakar B = DR Joni van Walker @ suka minum minuman keras Pakar C = Dr. Toni Tobacco @ suka segala jenis rokok Suatu hari mereka pergi ke dukun sakti. Lalu mereka memilih sesuai kegemaran masing-masing. Si A : ”Aku mau perempuan² muda dari berbagai bangsa dan makanan minuman yang cukup. Letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun" Si B : “Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia dan bekal makanan yang cukup letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun" Si C : ”Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia dan makanan yang cukup letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10tahun” Selepas 10 tahun kemudian, dukun sakti membuka pintu gua masing² sesuai dgn perjanjian mereka. Ketika pintu Gua pertama dibuka, keluarlah si A, kurus kering, berdiri pun tidak mampu karena lutut sudah goyang hampir kebas, sebab hari-harinya dihabiskan dengan perempuan. Beberapa saat kemudian si A pun jatuh ke tanah lalu mati.. Pintu Gua II dibuka, maka keluarlah si B, perut buncit dan mata merah karena hari-harinya dihabiskan dengan minuman arak, jalan terhuyung hayang dan jatuh ke tanah lalu mati. Pintu III dibuka, keluarlah si C, sihat walafiat bahkan lebih sihat dari 10 tahun lalu. Dia berjalan tangkas ke arah dukun itu dan terus menumbuk kepala sang dukun serta berkata: “ Dasar DUKUN BENGONG!!! LIGHTERNYA MANA???! Kempunan aku 10 tahun dalam tu!” Kesimpulannya : ROKOK TIDAK MERBAHAYA KEPADA KESIHATAN SELAGI TIDAK ADA API NYA.


Cerita Org Kelantan ke Indonesia
Al kisah said & sudin ke sebuah kedai makan di kota jakarta, mengidam untuk menjamu selera dengan makanan yg sedap dan special..lalu mereka singgah di sebuah restoran..
Pelayan :kabare pak..
Said : yak, dio tanyo kito kaba k dok din..nok kato gano?
Sudin : kito kaba blako lg anok..segera menjawab pertanyaan si pelayan..
Pelayan : mau makan apa pak?
Said : ikan ado?
Pelayan : ikan semuanya bisa disini pak, bapak mau yg mana?
Said : ahh sudoh..ike sini biso blako din..pah guano?
Sudin : semua biso ?
Pelayan : ya..semua bisa pak..
Sudin : acu mu tra tanyo sekor sekor said..tanyo ike khapu buleh dok..
Said : ikan kerapu biso?
Pelayan : ikannya sangat bisa disini pak..
Said : biso sudin..xsoh lah..
Sudin : acu mu tra ike lain said..ike siakak..
Said : ikam siakat?
Pelayan : ikan siakap pun bisa pak..lagi2 kalau dibikin asam pedas..lg bisa..mau pak?
Sudin : kenaling aku said..guano ike sini biso-biso blako..tepak kito buleh jah makey..mari cn jadi biso wey ike goni..kito tra ike muroh2 la plok said..kita tra ike bilih..aku tra tanyo deh..ikam bilis ado?
Pelayan : ooo ikan bilis ya pak..kalau ikan bilis ini begini..kalu diambil sedikit gak bisa, tp kalau diambil banyaknya bisa..bapak mau yg mana?
Sudin : haaaaaa....ike bilis xbiso wey said..blh la dok..
Said : kito ambik hok sikit la sudin..xbiso..asa buleh makey..




Disebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung didalam sebuah bilik. Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur. Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari Jefridin, A halim, L ramle. Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang semula, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, berulang ulang sampailah malam.
Siwarden penjaga hospital ni, rasa heran jugak tapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak
" Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap?"
Jawap pesakit mental tu " Kalau telentang tu side A, meniarap tu side B lah... Tak pernah dengar kaset ke?



















Kelakar kan.. Senyum sorang-sorang la tu.. ;) Dah-dah jom tidur, esok nak keje..

Bye-bye semua...
posted from Bloggeroid
Post a Comment