26 September 2014

CARA UNTUK JANGAN BAGI ANAK PAKAI PAMPERS

Assalamualaikum.. Damia Fareeda baru 3 tahun, tapi dia tinggi.. Ada budak 6 tahun sama tinggi dengan dia.. Ikut Fizalah tu.. kalau keluar berjalan orang kata Eh, pakai pampers lagi dah besar-besar.. I rase normal aje kot sebab baru 3 tahun.. Tapi Fiza dah start toilet trainingkan dia.. So lahirnyalah entry Cara Untuk Jangan Bagi Anak pakai pampers ni..


Tuan punya badan..

Damia Fareeda ni lama dah Fiza nak ajar.. tapi mula-mula tu biasalah memang dia terkencing dalam seluar..

So Fiza nak kongsikan sedikit tips bagaimana nak mulakan Misi Jangan Pakai Pampers ni..

1.Niat - Tanamkan niat dalam diri anak kita.. Jangan gi suruh dia niat pulak.. Niat tu apemenda pun dia tak tahu.. Maksud Fiza kita kena sebut hari-hari, selang 5 minit 'Kakak nak kencing bagitahu Mama ye..' 'Kakak kencing kat mana?' Kakak budak kecik ke besar? Budak besar tak pakai pamperskan..' Fiza pernah terbaca yang waktu berkomunikasi paling baik ialah masa dia tengah mamai-mamai antara tidur atau berjaga.. Macam kita duduk cakap dengan roh dia gitulah... So senang lah apa kita cakap tu masuk kepala dia..

2. Fiza jugak still pakai kan pampers mula-mula tu, tapi suruh Damia bagitahu kalau nak kencing, jangan kencing dalam pampers..

3. Bagi anak kita kencing dulu sebelum tidur.. Fiza sekarang kalau malam je pakaikan Damia pampers, tapi bila bangun pagi memang dia tak kencing pun dalam pampers tu..

4. Pakaikan spender aka seluar dalam.. Anak kita takkan selesa pakai seluar terus tanpa spender.. Kalau dia selesa pun tabiat tak pakai spender ini kemungkinan akan berlarutan sampai dewasa.. Jadi selesa oulak dia tak pakai spender sampai besar.. Malu la aihh..

5. Nanti bila dia dah biasa dia sendiri akan minta ke tandas dan taknak pakai pampers.. So masani janganlah kita pulak yang malas.. Jangan malas nak tunggu anak kencing kat toilet dan biarkan dia kencing dalam pampers.. Kalau perkara ini terjadi alamat susah sikitlah dia nak pandai kencing kat tandas..

Itu sahajalah kita Fiza dengan Damia Fareeda.. Sekarang Alhamdulillah la boleh la dia gi berjalan tanpa pampers.. :)

Sekian, terima kasih..

Fiza 0199154727

posted from Bloggeroid

Post a Comment