30 September 2014

KHASIAT GARLIC COMPLEX SHAKLEE


Assalamualaikum semua.. Bawang putih sangat terkenal dengan khasiatnya yang banyak cuma baunya yang tak enak itu buat orang selalu elak dari mengambilnya.. lagi-lagi mengamalkannya sebagai makanan tambahan..


 Mari kita mengenai apa itu Garlic Complex Shaklee..

Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. ( tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

·         Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
·         Menormalkan keseimbangan lipoprotein
·         Menurunkan tekanan darah
·         Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
·         Berfungsi sebagai anti-oksidan
·         Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
·         Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
·         Bantu rawat asthma
Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee
ü       Pengekalan 100% Allicin aktif

ü       Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic

ü       Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaituRosemary dan Spearmint.

ü       Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

ü       Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Khasiat Garlic Complex
·        Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana 
mengandungi ekstrak spearmint.

·        Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan   
sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, 
kulat, kuman, virus dan yis candida

·        Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit 
alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

·        Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung 
perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

·        Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic 
sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang 
merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara 
penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

·        Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam 
tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung 
dalam tubuh tanpa kita sedari.

·        Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, 
mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang
strok dan penyakit koronari.

·        Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan 
pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana 
mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh 
dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

·        Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki

·        Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan 
·        brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

·        Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan 
meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

·        Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
-         Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
-         Perut memulas (stomach upset)
-         Cirit-birit (Diarrhea)
-         Bronkitis
-         Luka-luka (infected wounds)
-         Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

Cadangan pengambilan :

Kesihatan biasa : 2 tablet sehari selepas makan.

Untuk radang dan alergi : 2 tablet setiap kali, 2 kali sehari.
Untuk kanser, darah tinggi dan hyperlipidemia : 2 tablet setiap kali, 2-3 kali sehari


 Banyakkan khasiatnya? Jom dapatkan segera.. hubungi Fiza 019-915 4727..








Foods Reviews - EdDe Restauran

Asslamualaikum semua... Semalam kang I seperti biasalah malas masak.. Bodek Papa Din ajak makan kat luar, sekali hantar baju kat JULLY LAUNDRY.. Alang-alang ke situ jomlah kita ke Edde Restoren..

Edde ni restoran makanan segera kak Indera Sempurna Kuantan, segera tak segera manalah sebab banyak pilihan makanan.. Milik orang kita Melayu Islam rasanya..


Macam-macam pilihan ada.. I suka!


Harga pun ok alhamdulillah berpatutan..


Fiza suka makan kat sini sebab ada mainan kanak yang dekat dengan meja.. Kalau kita tengah makan pun tak pe anak still boleh main.. DhiaMia suka sangatlah makan kat sini... Bebudak kat bawah tu tengah tengok kucing..


Papa Din Order Mushroom Soup.. sedap dan seperti biasa Dhia akan habiskan semuanya..


Aksi Dhia kalau dapat main gelongsor.. Dilarang meniru aksi ini!


Untuk bebudak ni orderkan Black Sauce Meatball.. Pun sedap dan licin..


Air warm orange juice, Milo and Plain water..


Gym set ni Tuan Blog yang punya.. Walaupun ke gym kelaut, makanan kena macam orang pergi gym.. Fiza suka aje, tapi mia tak suke.. tak sedap dia kata.. mak kate sedap aje.. dan sihat lah ofcos!



Untuk sesiapa yang ingin berkunjung ke Edde Restoran ini, ia dibuka setiap hari jam 12 tengahari hingga 12 malam.. boleh call no di atas untuk tempahan atau jamuan.. Kedai ni sebelah 7eleven Indera Sempurna Kuantan Pahang..

Wah kalah pengacara jalan-jalan cari makan kau Fiza!

Bye bye semua..
Assalamualaikum
posted from Bloggeroid

29 September 2014

PANDUAN MEMILIH MAKANAN TAMBAHAN A.K.A SUPLEMENT

Assalamualaikum semua.. Ramai yang tertanya-tanya, "Macam mana saya nak pilih makanan tambahan? Kalau saya nak kurus nak makan apa? Nak Gemuk makan apa?" Rungsing memikirkan apa yang sesuai dan perlu untuk tubuh badan sendiri.. Lagi-lagi sekarang bermacam-macam jenis makanan tambahan a.k.a suplement di pasaran kan?

Berikut adalah panduan dan info sahih dari buku tulisan Dr. Bruce Millers mengenai panduan asas memilih makanan tambahan yang dikongsikan oleh Moyang Upline yang cantik dan baik saya, Master Cery..


Credit untuk beliau..  http://www.mamafaiz.com/2011/02/fungsi-dan-panduan-asas-dalam-memilih.html


PROTIN
Fungsi :
  • Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. .
  • Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protinberkualiti. . Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
  • Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
  • la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.
Panduan memilih
  1. Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
  2. Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
  3. Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
  4. la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan,pemanis, atau perisa.

Fiza cadangkan : ESP Shaklee
 
********
 

Multivitamin

Fungsi

  • Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
  • Menampung kekurangan diet yang kecilan.
  • Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
  • la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
  • Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.
Panduan memilih
  1. Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.
  2. Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
  3. Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
  4. Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
  5. Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalam tablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.

Fiza cadangkan :Vitalea Shaklee

********
 

VITAMIN C

Fungsi

  • Meningkatkan . respons imun. .
  • Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
  • Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
  • Membantu penyerapan besi.
  • Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. . .
  • Membantu memulihkan luka.
  • Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).
Panduan memilih
  1. Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersif at pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
  2. la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
  3. Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.
Fiza cadangkan : Sustained Release Vita C dan Chew Vita C Shaklee



********
 
 
ALFALFA

Fungsi

  • Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  • Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
  • Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
  • la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
  • Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
  • la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.
Panduan memilih
  1. Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.
  2. Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
  3. Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai
Fiza cadangkan :Alfafa Complex Shaklee

********
 
 

VITAMIN E

Fungsi
  • " Mungkin melengahkan penuaan sel.
  • Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
  • Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. .
  • Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
  • Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
  • Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. .
  • Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.
  • Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.
Panduan memilih
  1. Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferolyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
  2. la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
  3. Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.
Fiza cadangkan : Vita E Complex Shaklee




********
 
 

BComplex
Fungsi
  • Membantu memerangi kelesuan. .
  • Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .
  • Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. .
  • Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. .
  • Perlu bagi saraf sihat. .
  • Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.
Panduan memilih
  1. Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis.
  2. Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
  3. la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
  4. Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkapini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut

Fiza cadangkan :Bcomplex With Acid Folic Shaklee




********
 
 
LESITIN

Fungsi

  • Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak . dari sel-sel.* Mengimulsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua.
  • Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
  • Boleh menurunkan kolesterol.
  • Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.
Panduan memilih
  1. Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah darikacang soya. carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.
  2. Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara. 
Fiza cadangkan : Lecithin Shaklee

 


********
 
 

Kalsium

Fungsi
  • Membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
  • Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
  • Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
  • Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. .
  • Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. .
  • Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.
Panduan memilih
  1. Cari kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
  2. la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.
Fiza cadangkan :Ostematrix Shaklee



 ********

ZAT BESI

Fungsi

  • Membina sel-sel darah sihat.
  • Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
  • Ramai wanita, dianggarkan 0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
  • Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
  • Membantu mencegah anemia.
  • Penting bagi sistem imun anda.
  • la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. ' Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami b'esi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.
Panduan Memilih
  1. Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus f umerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupibagi mendorong penyerapan.

Fiza cadangkan :Vitalea Shaklee



********
 
ZINK
Fungsi
  • Perlu bagi memulihkan luka.
  • Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
  • Amat penting dalam sistem imun.
  • Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
  • Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
  • Memainkan peranan dalam respons stres.
Panduan memilih
  1. Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.
Fiza cadangkan : Zinc Complex Shaklee


********

GENTIAN/ FIBER

Fungsi

  • Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular, dan hernia hiatus. . Boleh membantu mencegah kanser kolon.
  • Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). - - Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. - Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari
Panduan memilih
  1. Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harusmengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus tidak mengandungipewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harusmengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagisetiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampaubanyak kalori bagi kandungan gentian.

JULAP / LAKSATIF HERBA

Fungsi

Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar danmerengsakan.
Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijauatau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi.

Panduan memilih
 Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.

Fiza cadangkan : Herblax Shaklee


********
EPA/OMEGA

Fungsi

  • Boleh - menurunkan trigliserida. -
  • Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. .
  • Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
  • Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.
Panduan memilih
  • Carikan keluaran yang berlabelkan ,tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.
 Fiza cadangkan : Omega Guard Shaklee
Terima kasih kerana luangkan masa membaca.. Semoga sedikit info dan panduan ini dapat membantu anda memilih makanan tambahan dan suplement untuk kesihatan anda dan keluarga..

Byebye Semua
Assalamualaikum..

Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/Whatsapp : 019 9154727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia, RM10.00 flat rate tak kira berat and 
 banyak mana anda beli.
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama

Pasir Ajaib Kinetic Sand

Assalamualaikum semua.. korang pernah tak dengar pasal Pasir Ajaib aka Kinetic Sand ni? Fiza ada tengok video pasal ni, macam nak beli.. seronok tengok kalau main pasir ni sure rumah tak sepah..


Gambar Ihsan Pak Google..






Syok oo tengok pasir ni! Mesti DhiaMia suka sangat.. Mama DhiaMia pun terlebih excited dah ni, balik ni nak purpose kat Papa Din suruh beli pasir ni.. Tak adalah diorang boring sebab asyik main mainan lama aje.. Pastu main handphone.. Very not goodlah!

Tapi boleh ke ye, agak-agak Dhia makan tak pasir ni.. Haritu kan kami main uli-uli tepung pun Dhia dah makan tepung mentah tu.. 

Kena buat kajian lagi ni, nanti kalau ada info terbaru Fiza share ye.. Korang pun kalau dah pernah beli sharelah dengan Fiza.. Best ke idok? :)

28 September 2014

APA ITU ESP?

Assalamualaikum semua.. ESP ada protein soya terbaik di dunia. Tetapi masih ramai lagi yang tak tahu apa khasiat protein untuk tubuh badan kita.. untuk pengetahuan anda pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan..



Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?


KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.



PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water

2. 25% Protein

3. 8% Fats

4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%


TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.


SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.


PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)

2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)

3. Liver (penyakit hati)

4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)

5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)

6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)

7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)

8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)

9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)

10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)

11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)

12. Irritability (Badan menggeletar)

13. Fatigue (Letih lesu)

14. Weakness (Lemah)

15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)

16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)

17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)


Kelebihan ESP ini ialah;

♥membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
♥menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
♥setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
♥kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
♥indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)


Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.


Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).


Gabungan ESP bersama produk Shaklee untuk pelbagai Set Kesihatan anda..

Terima kasih sudi luangkan masa..
Untuk order ESP ni boleh hubungi Fiza ditalian 019-915 4727..

Byebye Assalamualaikum...

posted from Bloggeroid

KENDURI KAHWIN FATIN!

Assalamualaikum semua.. Semalamkan kenduri kahwin Fatin.. Siapa Fatin? Fatin ni my classmate masa sekolah menengah dulu.. Bila I dah kahwin dengan Papa Din ni automatik jadi saudara mara... Diorang sepupu ke kupu-kupu Fiza tak pasti.. panjang sangat salasiahnya.. 1 kampung Pandan 1 tu pakat saudara semuanya..

So lets get fat! Gambar makanan lupa snap, lupa la sangat kan.. Padahal kalau dapat makan terus lupa HP..



Cantik sangat Fatin and husband! Suka colour baju..


Papa Din dari pagi dah ada kat sana tolong-tolong.. Fiza lepas zohor baru datang dengan MiaDhia..


Irfan datang!


Budak sorang ni kalau dapat lolypop suka sangatlah..

To Fatin and husband selamat melayari bahtera perkahwinan.. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. ;)

Aamiin...
Byebye semua..
Assalamualaikum..

posted from Bloggeroid

27 September 2014

HALALKAH PRODUK SHAKLEE?

Assalamualaikum semua.. Pasti ada yang masih tertanya-tanya adakah produk Shaklee ini Halal, yelah kan Shaklee kan barang buatan USA...

Ya sudah pastinya produk Shaklee Halal! Ini adalah sijil Halal Shaklee paling terbaru dikeluarkan pada 27 Januari 2014..



Untuk makluman anda semua yang masih ragu-ragu, sijil Halal untuk produk Shaklee ini dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA). ISA ini ialah badan yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Jika anda ada pertanyaan lanjut mengenai sijil yang dikeluarkan oleh ISA, anda boleh hubungi terus :

Mr. P. Musa Habhab
Director of Services
Tel : (319) 362-0480
Fax : (319) 366-4369
Email:
islamicservices@isahalal.org
phabhab@isahalal.org
Website : www.isahalal.org

Anda boleh mendapat senarai penuh Badan Islam yang diiktiraf JAKIM melalui Portal Rasmi Halal Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shaklee anda boleh hubungi HQ Shaklee ditalian 603 - 5622 3188 atau layari laman web Shaklee Malaysia di www.shaklee.com.my

Kalau nak order barang pulak anda boleh hubungi Fiza di talian 019-915 4727.. Whatsapp atau sms pun boleh..

Bye-bye semua...
Gunakan Shaklee tanpa was-was!
Assalamualaikum..

posted from Bloggeroid

DAPUR MAMA FIZA : SALAD WITH BBQ CHICKEN

Assalamualaikum semua.. Malam tadi sibuk whatsapp Kak Yani my officemate tanya resepi nak buat Salad.. Sebab Kak Yani pakar giles buat Salad, sedap tahap jilad bekas..

So pagi ni marilah kita mulakan misi.. Pagi-pagi dah ke pasar cari sayur segar..


Muka sebek tak pakai bedak pun.. tak sabar sangat nak beli sayur..

Dah sampai rumah marilah kita start buat Salad dan BBQ Chicken.. Alang-alang dapat ayam sekali kat pasar tu.. Buat sikit aje sebab Papa Din dah gi tolobg sedara kenduri.. I gi lewat sikitlah, Damia demam sikit malam tadi.. Resepi ni Kak Yani bagi lepast Fiza olah sikit ikut taste I..

Resepi BBQ Chicken :



1/4 belah ayam (Fiza guna bahagian peha)
1sudu Sos BBQ
1sudu Olive Oil
1sudu Cuka Epal (Fiza guna jenama Bragg beli dekat Guardian)
Sedikit serbuk lada hitam dan garam

Cara-cara :

1. Basuhkan ayam buang kulit dan lemak (katanya diet gitew)
2.Gaul semua bahan di atas dengan ayam dan simpan kejap dalam peti ais.
3.Panaskan oven 150°c selama 15minit (nak panaskan oven tipsnya kena pasang suhu rendah dulu bagi menjaga jangka hayat oven tu, kalau panas terus oven cepat rosak)
3. Selepas 15 minit, masuk kan ayam dan tinggikan suhu ke 250°c dan biarkan ia masak selama 25-30minit



Lepas tu kita start keluarkan sayur untuk Salad pula..


Ini sahaja sayur yang sempat di rembat di pasar tadi..

Bahan-bahan untuk Salad :

Salad (potong kecil)
Kobis Ungu (potong kecil)
Tomato (potong kecil)
Bawang (hiris)
1sudu Olive Oil
1sudu Cuka Epal
3sudu Sos Salad Mayolite
2sudu Sos Salad Thousand Island
1 biji Telur (direbus)
Sedikit serbuk Lada Hitam



Cara-caranya gaul sahaja semua bahan diatas hingga sebati..

Hidangkan bersama telur rebus dipotong dua..

Siap sudah breakfast kami! Jemput tengok...


Damia dan Dhia suka sangat ayam yu.. sampai tak cukup suruh masak lagi.. Kembang hidung mok nok!

ByeBye Semua..
Assalamualaikum..
posted from Bloggeroid

26 September 2014

CARA UNTUK JANGAN BAGI ANAK PAKAI PAMPERS

Assalamualaikum.. Damia Fareeda baru 3 tahun, tapi dia tinggi.. Ada budak 6 tahun sama tinggi dengan dia.. Ikut Fizalah tu.. kalau keluar berjalan orang kata Eh, pakai pampers lagi dah besar-besar.. I rase normal aje kot sebab baru 3 tahun.. Tapi Fiza dah start toilet trainingkan dia.. So lahirnyalah entry Cara Untuk Jangan Bagi Anak pakai pampers ni..


Tuan punya badan..

Damia Fareeda ni lama dah Fiza nak ajar.. tapi mula-mula tu biasalah memang dia terkencing dalam seluar..

So Fiza nak kongsikan sedikit tips bagaimana nak mulakan Misi Jangan Pakai Pampers ni..

1.Niat - Tanamkan niat dalam diri anak kita.. Jangan gi suruh dia niat pulak.. Niat tu apemenda pun dia tak tahu.. Maksud Fiza kita kena sebut hari-hari, selang 5 minit 'Kakak nak kencing bagitahu Mama ye..' 'Kakak kencing kat mana?' Kakak budak kecik ke besar? Budak besar tak pakai pamperskan..' Fiza pernah terbaca yang waktu berkomunikasi paling baik ialah masa dia tengah mamai-mamai antara tidur atau berjaga.. Macam kita duduk cakap dengan roh dia gitulah... So senang lah apa kita cakap tu masuk kepala dia..

2. Fiza jugak still pakai kan pampers mula-mula tu, tapi suruh Damia bagitahu kalau nak kencing, jangan kencing dalam pampers..

3. Bagi anak kita kencing dulu sebelum tidur.. Fiza sekarang kalau malam je pakaikan Damia pampers, tapi bila bangun pagi memang dia tak kencing pun dalam pampers tu..

4. Pakaikan spender aka seluar dalam.. Anak kita takkan selesa pakai seluar terus tanpa spender.. Kalau dia selesa pun tabiat tak pakai spender ini kemungkinan akan berlarutan sampai dewasa.. Jadi selesa oulak dia tak pakai spender sampai besar.. Malu la aihh..

5. Nanti bila dia dah biasa dia sendiri akan minta ke tandas dan taknak pakai pampers.. So masani janganlah kita pulak yang malas.. Jangan malas nak tunggu anak kencing kat toilet dan biarkan dia kencing dalam pampers.. Kalau perkara ini terjadi alamat susah sikitlah dia nak pandai kencing kat tandas..

Itu sahajalah kita Fiza dengan Damia Fareeda.. Sekarang Alhamdulillah la boleh la dia gi berjalan tanpa pampers.. :)

Sekian, terima kasih..

Fiza 0199154727

posted from Bloggeroid

KEPERLUAN KALORI HARIAN MENGIKUT BERAT BADAN ANDA

Assalamualaikum semua.. Anda terlampau kurus? Gemuk? Atau Obesiti? Bagaimana untuk memastikan keperluan harian kalori yang anda ambil? Soalan ini sering berlegar di dalam fikiran anda kan?



Untuk mengetahui keperluan kalori harian anda, terlebih dahulu anda perlu mengetahui Basal Metabolic Rate (BMR) anda..

Selain dari pengambilan suplemen untuk membantu kita mencapai impian berat badan ideal kita tu, pengambilan kalori harian dan juga BMR kita perlu dititik beratkan. Kenapa??Sebab kita semua berbeza..so perbezaan ni memerlukan kita alert dengan keperluan kita sebelum berjaya dapat capai berat badan ideal.

Berapa keperluan kalori harian saya perlukan?

Jom mengira!!

1) Kira BMR anda. (Basal Metabolic Rate)

Women:
BMR = 655 + ( 9.6 x weight in kilos ) + ( 1.8 x height in cm ) - ( 4.7 x age in years )

Men:
BMR = 66 + ( 13.7 x weight in kilos ) + ( 5 x height in cm ) - (6.8 x age in years )

2) Tentukan keperluan kalori harian anda (Harris Benedict Formula)

a. If you are sedentary (little or no exercise) :

Calorie-Calculation = BMR x 1.2

b. If you are lightly active (light exercise/sports 1-3 days/week) :

Calorie-Calculation = BMR x 1.375

c. If you are moderatetely active (moderate exercise/sports 3-5 days/week) :

Calorie-Calculation = BMR x 1.55

d. If you are very active (hard exercise/sports 6-7 days a week) :

Calorie-Calculation = BMR x 1.725

e. If you are extra active (very hard exercise/sports & physical job or 2x training) :

Calorie-Calculation = BMR x 1.9


Satu-satunya faktor yang diabaikan oleh Harris Benedict Equation ini adalah jisim badan tanpa lemak. Ingat, tubuh yang mantap memerlukan lebih banyak kalori daripada yang kurang mantap. Oleh itu, persamaan ini akan menjadi sangat tepat dalam semua keadaan kecuali jika sangat berotot like a body builder (keperluan kalori adalah di bawah-anggaran) dan sangat berlemak/too obese (keperluan kalori mungkin terlebih-anggaran).

3) Dah tau keperluan kalori harian anda?? Jika anda ingin....

Nak TAMBAH BERAT = Lebihkan 500 kalori makanan harian anda pada jumlah kiraan nombor 2 tadi.

Saya cadangkan pengambilan Meal Shakes, Vitalea dan Bcomplex!



NAK KURANGKAN BERAT = Kurangkan min 500 kalori makanan harian pada jumlah kiraan nombor 2 tadi.

Saya cadangkan pengambilan ESP, Lecithin dan Alfafa!!



NAK MAINTAIN BERAT = Amik kalori makanan harian dalam lingkungan yang anda dah kira pada no 2 tadi.

Saya cadangkan pengambilan Omega Guard!



Selamat menekan kalkulator ya..


Pengambilan vitamin tidak menambah kalori makanan harian anda..Ia cuma membantu melengkapkan keperluan vitamin dan mineral harian yang badan anda perlukan untuk menjalani rutin harian anda!

:)

Terima kasih kerana sudi membaca....bye2 semua....
=)
Fiza Zasmi
Shaklee Independent Distributor
Call/SMS/Whatsapp : 019 915 4727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Facebook Page : Fiza Zasmi Health Care
Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD
sekitar Kuantan, Gambang dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia..
Jom orang Kuantan, Gambang, Maran Pahang
berShaklee bersama Fiza Zasmi Health Care!

posted from Bloggeroid

25 September 2014

Omega Guard Shaklee a.k.a Minyak Kurus

Assalamualaikum semua.. Sebelum ini Fiza ada cerita yang minyak ikan Omega Guard Shaklee a.k.a minyak cerdik ini sangat bagus untuk otak.. Omega Guard juga terkenal dengan panggilan makanan untuk otak.. Namun tahukah anda bahawa Oemga Guard juga sangat bagus untuk kurus!



Eh betol ke Omega Guard boleh makan untuk kurus? Nampaknya Lecithin dah ada saingan! Jangan risau ya semua Lecithin juga berkesan, begitu juga Omega Guard cuma bezanya ialah harga dan keberkesanannya.. Well of course the one with extra cost work better but doesn't mean the cheaper one isn't gud. Terpulang pada kemampuan masing-masing ye.. Nak ambil dua-dua lagi bagus kerana Lecithin bagus untuk lemak lama dan Omega bagus untuk lemak baru.. :) Dalam minyak ikan ade OMEGA fatty acid which consist of DHA dan EPA.

Betul ke Omega Guard ni boleh bakar lemak?

''Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them.''

http://www.livestrong.com/article/276633-omega-3-fats-weight-loss/

Macam mana Omega fatty acid boleh bakar lemak ye?

Omega-3 fats help you burn fat by helping your body respond better to a hormone called Leptin (Leptin is the Greek word for thin) Leptin tells your body (your brain) to suppress your appetite making you eat less so you can maintain or lose weight.

Maksudnya disini ianya membantu andaKURANG RASA LAPAR DAN TAK MAKAN BANYAK.

Leptin increases your metabolism by increasing your thyroid output (your thyroid regulates your metabolism) Leptin also causes your body to burn fat for energy so if your body isn't responding well to Leptin then the reverse happens - You'll be hungrier, and you'll store more fat so… You can take Omega-3 fats to help your body respond much better to Leptin so you can increase your fat-burning metabolism and…

Omega-3 fats are found in salmon, flaxseeds, nuts, Omega-3 supplements and these other 79 foods sources of Omega-3 fats and…

3 more ways Omega-3 fats help you lose weight is :

★Omega-3 fats help you control your hunger by stabilizing your blood sugar levels

★An Australian study showed that when people took Omega-3 fats while on an exercise program burned more fat than people who Only Exercised (without taking Omega-3 fats) and people who exercised & took other types of fat and…

★Studies done in Japan & The Czech republic suggest that Omega-3 fats prevent the creation of ugly body fat and these same studies suggested Omega-3 fats promote more fat burning.

http://www.nowloss.com/good-fats-that-burn-fat-help-you-lose-weight.htm

Maksud point di atas ialah:

1. Omega 3 kawal rasa lapar dengan mengawal paras gula dalam darah.

2. Ambil omega bersama senaman akan membakar lebih lemak dengan lebih berkesan berbanding jika ambil omega 3 sahaja tanpa senaman. Jadi anda sangat digalakkan untuk bersenam supaya kesan lebih cepat.

3. Omega 3 buang segala lelemak badan yang tak diingini.

''A 2001 study published in the May 2002 edition of "Obesity Research" discovered that rats fed fish oil gained less weight than rats fed soybean oil. Furthermore, a 2004 study published in "Lipids" confirms the link between weight loss and fish oil as rats with an omega-3 rich diet exhibited reduced levels of fat and leptin. Leptin is a hormone which regulates the appetite and is generally lower in individuals with low body fat content. The 2004 study in "Lipids" concludes that DHA fat oil reduces the accumulation of body fat by restricting the hypertrophy and hyperplasia of fat cells. "Mosby's Medical Dictionary" explains that hypertrophy and hyperplasia refers to an enlargement of cells and an increase in cell production, respectively.''

Ha begitulah cerita Omega Guard Shaklee si Minyak Kurus ini.. Banyakkan kelebihannya.. Barulah boleh jadi Beauty with Brain orang kata...


Selfie ala 'Beauty with Brain' sikit.. :p

Terima kasih kerana meluangkan..
Nak order hubungi Fiza 019-915 4727.. Tips kurus speacial untuk pelanggan Fiza Zasmi Health Care..

Cod Kuantan dan Maran ;) Pos seluruh Malaysia..







posted from Bloggeroid

RAGAM CIK DHIA FATHIAA

Assalamualaikum semua.. Orang kata lain anak, lain ragamnya.. Cik Puan Muda Dhia Fathiaa Fiza ni macam-macam ragamnya... Lain sikit dari kakaknya Damia Fareeda yang tak banyak ragam..

Dhia Fathia anak kedua, tak boleh panggil bongsu sebab I is teringin anak boboy.. Orang kata anak kedua ni perangai dia lain macam sikit, kena ikut cakap dia aje..

Betullah kot sebab memang gitulah perangai Cik Dhia kita ni.. Dhia garang tapi manja.. Dia hanya akan ikut cakap kita kalau dipujuk-pujuk, dimanja-manja.. Kalau dia nak apa-apa tu tak boleh nak sabar.. Nak tu nak jugaklah.. Kalau nangis bergegar ECM.. Drama Queen jugak ni..


Makan dulu kini dan selamanya sendiri.. Sangatlah suka ayam and desert.. eh macam mama dia aje..


Selfie pun minat jugak.. pandai senyum!


Sangatlah malu nak pakai tudung.. Pakai baju kurung pun puas paksa.. tapi suka pakai topi papa dia..


Penakut jugak orangnya.. ni masa masuk muzium..


Basikal dia tak boleh kongsi.. basikal kakak dia takpe.. sejak basikal ni ada Damia pernah naik sekali aja.. itupun cuma 1minit.. meraung macam orang rampas laki..


Manja sangat! Tak reti main game pun kakak, semua kakak.. Gaduh pun boleh tahan 2 orang ni..


Ice cream memang no 2 lah.. no 1 ayam goreng! Satu lagi Dhia ni suka naik stroller, ataupun berdukung... Kakak dia dulu suka jalan..


Tengok muka tu kalau senyum! Boleh buat rindu... kalau nangisssss...

Gitulah cerita puteri kedua Fiza ni.. Buat adik, mama sayang adik sangat-sangat walau kadang-kadang adik selalu tarik rambut mama.. gigit mama.. mama sedap ye dik?

posted from Bloggeroid