06 July 2014

TIPS BAWA ANAK KECIL KE PANGGUNG WAYANG

Assalamualaikum semua sayang-sayang Fiza.. 
Wahh tengok tajuk macam expert je kan bawak anak-anak gi tengok wayang.. hehehe
Sebenarnya biasa-biasa aje, just nak share pengalaman Fiza dan Papa Din bawak anak-anak kami si Damia Fareeda 3 Tahun dan Dhia Fathiaa 2 Tahun tengok wayang...

Untuk pengetahuan korang, banyak kali dah bebudak ni kami bawak tengok wayang, tak silap dah lima kali dah.. First sekali tengok Robocop, 2nd Rio 2, 3rd The Amazing Spiderman, 4Xmen dan last baru-baru ni cerita Transformers..


Ginilah aksi Mia lepas keluar wayang mesti nak posing depan gambar.. :)
 

Dhia dah selamat dibuai mimpi..
 

 Pastikan anda beli siap-siap sebagai rasuah! hehehe



Mama dan Papa jangan ketinggalan, yes Mia dah pandai tangkap gambar! Syabas bete..

Cinema pilihan kami di  Kuantan ni sudah semestinya tidak lain dah tidak bukan MBO Cinemas, Kompleks Teruntum Kuantan... Sebab apa kami pilih cinema ini antranya ialah kerana :
  1. MURAH kottt.. Kami dewasa ni RM12.00 seorang and Mia dan Dhia free je.. sebab tak lebih lagi had ketinggian... Mia lagi seinci gitulah nak sampai had...
  2. Kerusi dalam cinema ni mesra pelanggan sebab armrest dia boleh angkat ke atas, so kalau anak kita nak baring pun tak dek hal..
  3. Sudah semestinya sebab kurang orang, kurang orang sebab kami jarang pergi masa cerita baru-baru keluar, kalau baru keluar mesti penuh wayang..
 So berbalik kepada tajuk asal tadi kate nak share tips kan, inilah antara tip-tips nya :
  1. Bawa baju sejuk, susu and pampers! Penting skali ni.. Haritu boleh pulak si dhia yakyak dalam panggung, pampers tertinggal dalam kereta, memang tak senang duduk budak tu.. Susu pun jangan tinggal, sebab ada cerita yang tak best memang anak kita bantai nak tidur aje..
  2. Belilah air and jajan or popcorn untuk rasuah diorang supaya senyap.. Anak Fiza tak adanya nak senyap, jerit jugak panggil Mama! mama! Gula-gula pun bawak jugak..
  3. Pilih seat yang jauh dari orang sebab anak-anak kita mungkin akan panjat kerusi dan menghalang pandangan orang lain.. Fiza biasa amik row belakang yang anak 4 kerusi. pesan kat budak kaunter dik jangan bagi orang duduk kerusi 2 tu lagi ye.. Korang jangan tak tau, walaupun anak kita free je masuk tapi diorang tak entitle dapat kerusi tau.. free tu maknanya korang kene riba! hahaha kematu bontot kalau nak riba si Mia tu..
Tu jelah kot rasanya, yang lain kala ada nanti Fiza Update balik ye.. TQVM semua... :) bye2..
Post a Comment