29 May 2014

POSISI TIDUR TERBAIK UNTUK IBU HAMIL

Assalamulaikum semua!! 
Alang-alang nak tunggu imsak ni kita update dulu seposeng(ayat orang ganu eh?)
Semalam kan Fiza borak-borak dengan seorang customer ni, hamil dan trimester ketiga tak ada masalah apa-apa pun sebab dia consume Shaklee.. hehehe(absolutely!) Cuma masalah dia tak lena nak tidur.. Mengiring sebelah kanan tak selesa, kiri tak selesa, duduk lagi la tak lena.. yelah kan kita kalau nak tidur baringlah paling selesa sekali.. kesian ibu hamil sorang ni, besar pengorbanan nak jadi ibu ni, inilah harga yang kita orang perempuan kena bayar... :) 

Masa borak-borak tu Fiza sharelah sikit pengalaman yang ada dan googlekan sikit-sikit info untuk kakak ni.. Antara yang Fiza dapat ialah :

Trimester Pertama (1-3 bulan)
-Masa ni baby dalam kandungan kecil lagi dan rasanya tak menggangu tidur si ibu. So ibu bolehlah enjoy nak tidur macam mana tapi kalau yang suka tidur meniarap ke telengkup ke sila-silalah ubah cara tidur anda tu ye.. :)

Trimester Kedua (4-7 bulan)
-Masa ni biasanya ibu-ibu dah mula risau sebab perut dah besar kan.. Tapi dont worry, sebab sekarang ni air ketuban dah memenuhi perut si ibu, baby pun boleh berenang bebas dalam perut ibu.. So apa pun cara ibu tidur InsyaAllah tak ganggu baby.. ;)

Trimester Ketiga (8-9 bulan)
-Inilah masa paling tak selesa bagi si ibu sebab dah sarat sangat dah perutnya tu.. Masa ni ibu cubalah tidur berbaring bagi memastikan keselamatan baby dalam kandungan..

Tapi berbaring pun ada caranya tau untuk memastikan ibu selesa dan selamat untuk baby, antaranya macam ni :





POSISI MENGIRING KE KIRI

Posisi ini adalah posisi dan cara terbaik untuk ibu mengandung tidur.. Sebabnya vena besar (vena cava inferior) membolehkan aliran darah yang paling optimum dari bahagian bawah badan mengalir semula ke jantung.. So aliran darah dan nutrisi dapat disalurkan kepada baby semaksima mungkin melalui palsenta. Posisi ini jugak dapat membantu buah pinggang si ibu membuang sisa produk dan cecair dari tubuh bagi mengelakkan pembengkakan kaki dan tangan.. Ha.. posisi tidur mempengaruhi tau sembab-sembab ni.. Tapi ini tak bermakna posisi tidur mengiring ke kanan tak boleh, si ibu boleh la tukar-tukar pusing ke kiri pastu pusing ke kanan bagi selesa sikit.. 

ELAKKAN TIDUR TERLENTANG

Kalau boleh ibu-ibu janganlah tidur terlentang sebab posisi ini akan menekan usus dan vena besar dan menggangu proses aliran darah ke jantung anda. Tidur terlentang mungkin akan membuatkan si ibu pening, sakit kepala dan sesak nafas kerana ianya mempengaruhi tekanan darah. Ia juga boleh menyebabkan si ibu mengalami risiko sakit pinggang, buasir, gangguan pencernaan dan sembab kaki dan tangan. Kalau terjaga malam-malam pastu tersedar tengah terlentang jangan risau sangat, si ibu just ubah je cara tidur tadi.. ;)

TAMBAH SOKONGAN KETIKA TIDUR

-Yang ni Fiza selalu buat masa mengandung dulu.. Penuh bantal keliling badan.. si ibu boleh letak bantal bawah perut, bawah kaki.. Letak belakang badan untuk elak bergolek ke belakang semasa tidur, letak bantal bawah lutu juga boleh legakan tekanan di belakang badan dan kalau si ibu selalu mengalami heartburn atau pedih ulu hati, cuba tinggikan 2 atau tiga bantal di kepala..

SEPARUH DUDUK

-Ada ibu-ibu yang rasa tidur macam ni menjamin tidur yang lebih selesa bagi mereka tapi kalau boleh jangan tidur berbaring belakang anda, cuba mengiring untuk lebih selesa dan aliran darah yang lebih baik. Sokongan bantal juga boleh dilakukan ketika ini.. :)

TIDUR DENGAN BANTAL KEHAMILAN

- Nilah cara tidur paling best sekali Fiza rasa, memang best kalau dapat masa mengandung ni.. Kalau dapat bantal ni memang sure InsyaAllah selesalah tidur si ibu.. :)

Apa-apa pun cara dan posisi tidurnya, yang paling penting ialah anda dapat tidur dengan selesa dan berkualiti.. Bila kita tidur dengan selesa insyaAllah segala tekanan dapat di atasi.. Fiza harap sangat tips-tips di atas ni berguna untuk anda semua.. Aamiin..

Dan jangan lupa Omega dan Ostematrix Shaklee juga membantu tidur yang lebih lena dan dapat mengelakkan sakit-sakit badan.. Tak percaya, cubalah!

bye2 semua....
=)

Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/Whatsapp : 019 9154727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Facebook Page : Fiza Zasmi Health Care 
Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia.. 
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama Fiza Zasmi Health Care!

 




Post a Comment