23 May 2014

Jaja Stemboat Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang.

Assalamualaikum semua...

Kisah ni malam Rabu lepas punya cerita, hari ni baru berkesempatan nak tulis-tulis.. Hari Rabu hari tu fiza puasa, so memang dasar perut kalau puasa tu macam-macam nak makan.. Teringin sangat nak makan Steamboat, hari tu ade tengok kawan-kawan makan dekat Jaja Steamboat ni lagilah bertambah teringinnya.. Tak pernah pergi pun Jaja Steamboat ni, yang tau tempat di betul-betul sebelah Petronas Tanjung Lumpur, main redah je pergi ni..

Nak jadikan cerita lagi kebetulan malam tu memang birthday Dhya Marissa anak Kak Yani kawan office, dia memang nak keluar celebrate ngan family dia so Fiza ajaklah sekali.. boleh i tumpang makan kek, hihihi Bila duk cerita-cerita dengan kawan office macam semua boleh ikut so jomlah kita memeriahkan lagi..

Ni lah antara kawan-kawan office yang jadi bidan terjun memeriahkan suasana.. Tengok Dhia Fathiaa, penuh mee dalam mulut...
Bagi yang nak try Jaja Steamboat ni boleh lah telek-telek dulu menu di atas.. Fiza ambil Set Special!
Ni lah Dhya Marissa birthday girl kita, penat tau mama abah awak cari kek Frozen tau... happy je Dhya malam tu..
 
Budak Dhia Fathiaa ni baru bangun tido, terkejut dia tengok ramai orang bila bangun.. nasib baiklah tak nangis..

Lintang pukang pulak susunan gambar kali ni, tak retilah nak update post guna hp.. gambar tak reti nak alih-alih.. sape boleh tolong ajarin???
 
 Kita orang balik dengan perut MasyaAllah kenyangnya.. Tapi jangan risau Lecithin and Herblax kan ade, lancar je semua.. :)

bye2 semua....

=)

Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/Whatsapp : 019 9154727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Facebook Page : Fiza Zasmi Health Care https://www.facebook.com/fizazasmihealthcare
Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia, RM10.00 flat rate tak kira berat and 
 banyak mana anda beli.
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama Fiza Zasmi Health Care!
Post a Comment