13 November 2013

CARA MENGHILANGKAN MORNING SICKENESS SEMASA MENGANDUNG / HAMIL

Assalamualaikum semua... 
Sihat tak hari ni? Tak sihat? Kurang sihat? Loya pening kepala semua ada? 
Kesiannya.. Itulah harga untuk menjadi seorang ibu.. tapi takpe, harini Fiza akan bagi tip-tip atau cara-cara bagi mengatasi atau hilangkan terus morning sickness yang membelenggu tu..

Tapi sebelum tu Fiza terangkan dulu apa menda sebenarnya morning sickness atau mabuk-mabuk semasa hamil ni.. Untuk pengetahuan semua, Morning Sickness ni berpunca daripada kehadiran hormone dirembeskan dalam kuantiti yang banyak di awal kehamilan. Ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa. Ada orang dari seawal minggu ke 4 dan berakhir bila kandungan dah berusia 16 minggu. Ada orang sampai nak bersalin pun tak hilang-hilang morning sicknessnya tu.. Ada orang tak kena langsung.. Macam Fiza, pengalaman Damia 3 bulan pertama aje mabuk, lepas tu ok je.. Masa mengandung Dhia langsung tak ada mabuk, penat-penat tu adalah.. Lain anak lain pengalamannya.. lain orang lain mabuknya.. eh, macam pantun pulak.. :p
 
Tapi jangan risau, semua tu normal.. Meh Fiza share sikit cara-cara nak hilangkan mabuk dan morning sickness ni..

  1. Anda semua boleh try makan biskut atau roti atau apa-apa makanan ringan yang anda suka bila anda bangun dari tidur pagi-pagi bagi membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda daripada terlalu rendah.. Tapi kalau kena buat test air gula or OGTT tu kena la puase kejap, air masak je boleh minum tau..
  2. cuba ambil makanan ringan setiap 2 jam bagi mengelakkan perut kosong.. kalau perut kosong cepat lagi loyanya...
  3. Sebelum tidur pun try ambil snek jugak, jangan tidur dlm keadaan lapar dan perut kosong..
  4. Makan makanan yang boleh mencegah muntah seperti buah avokado, protein (ESP Shaklee is the best!!, lagi best dari susu ann**m wa cakap lu... keju, susu, yogurt, roti dan pasta pun boleh...
  5. Please elakkan makanan berminyak, kafein, makanan manis seperti coklat dan kek yang boleh mencetuskan muntah!
  6. Bila rasa nak loya or muntah-muntah, cepat-cepat kemam asam.. tapi jangan makan banyak pulak, tak elok..
  7. Minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air bagi mengelakkan sembelit..Bila sembelit perut akan rasa tak selesa, lalu mula la rase nak muntah tu...
  8. Jangan makan bersulam air.. yang ni memang mengundang muntah lepas makan..
  9. Ambil Vitamin Pranatal (Set Kehamilan Shaklee) selepas makan atau sebelum tidur.. Jangan ambil dengan perut kosong!
  10. Pakai pakaian yang sejuk dan selesa.. Hormon orang mengandung ni memang selalu buat kita jadi panas, so kalau kita panas dan rimas pun boleh jadi nak muntah.. elakkan dari pergi ke tempat yang memerlukan kita bersesak-sesak.. nanti muntah tengah ramai orang pula.. :)
  11. Bila rasa nak muntah, anda boleh menarik nafas panjang.. hembus... tarik nafas..... hembuss....
  12. Tidur jugak boleh mengelakkan keloyaan...
  13. Kalau tak tahan sangat, dah teruk sangat muntah tu, anda juga boleh berjumpa dengan doktor untuk minta ubat cegah @ tahan muntah..


PEPPERMINT-GINGER PLUS + B-COMPLEX SANGAT-SANGAT MEMBANTU MENGATASI MORNING SICKNESS DAN LOYA SEMASA KEHAMILAN..
AMALKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN NUTRIEN IBU DAN BABY DALAM KANDUNGAN.. :)

Fiza doakan semua bakal-bakal ibu yang baca blog Fiza ni dipermudahkan proses kehamilan dan bersalin nanti.. Aminnnn.. :)

Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/Whatsapp : 019 9154727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia, RM10.00 flat rate tak kira berat and 
 banyak mana anda beli.
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama Fiza!! 
Nak jana pendapatan pun boleh tau!

Post a Comment