19 February 2013

Toleransi (betul ke eja?)

Bila adik beradik suami minta tolong suami, biarkanlah suami tolong.. pada siapa lagi nak diharapkan kalau bukan darah daging..

Bila kawan ada hal nak keluar time kerja, awak tolonglah jaga office.. Nanti time awak nak keluar, dia pulak jaga.. sama-samalah kita elak kemarahan bos..

Bila isteri nak beranak, awak tolonglah teman, senangkan hati dia, kurang-kurang hilang sikit rasa sakit dia.. bukan suruh awak tanggung sakit dia tu.. kalau suruh tanggung pun awak tak kan mampu..

Bila suami nak bagi Mak Ayah dia duit ke apa, awak janganlah sibuk-sibuk.. Mak Ayah dia tu lebih utama dari awak.. Jasa Mak Ayah ni tak ternilai...

Bila suami kerja, isteri kerja.. sama-samalah tolong kerja rumah, jaga anak.. ni bukan zaman yang isteri je kena masak, basuh berak anak, sidai kain, angkat kain... erk Angkat kain?

p.s. Dhia Fathiaa 5m 2w