11 January 2013

Review : Klinik Pakar Bayi Dan Kanak-kanak Ang, Jalan Beserah, Kuantan, Pahang.

Dhia 3 kali dah pergi klinik ni.. Mulenye aku pergi sebab Dhia batuk berkahak yang teruk.. Dia punye teruk tu tahap tak boleh tidur, kahak hijau, batuk samapi kempis dada.. Seramlah aku tengok... Dah la mase tu dia baru 3 bulan, aku risau la baby-baby ni kan kalau batuk berkahak boleh kena pnuemonia (correct me if im wrong, tak tau betul ke eja)
Before gi klinik ni aku selalu gi klinik biase-biase je.. Kalau dhia nebulisier pun tak jadi ape.. And kalau klinik biase dia tak akan bagi ubat pada baby 6 bulan ke bawah.. So disebabkan teruk sangat, aku bawak jugak la dhia gi..
Alhamdulillah dengan izin Allah swt Dhia baik lepas buat nebulisier and makan ubat dari klinik ni... Nebulisier dekat klinik ni lain dari klinik lain.. Mase aku buat kat klinik biase dia tak ade berhenti tepuk-tepuk ke, ape ke.. Kat klinik ni dia neb sekejap pastu dia mintak aku tepuk belakang Dhia, buat Dhia nanges sebab kalau nangis lagi bagus dia cakap..
Aku tak snap pulak gambar klinik ni..  tapi bagi rakyat kuantan klinik ni dekat jalan berserah.. Barisan BP dianogstic, Klinik Yu and rozel.. Kalau dari bandar tu amik u turn dekat nirwana.. Klinik ni berseberang dengan Pasaraya Nirwana..
Cas pulak memang ler mahal sikit.. First aku datang kene RM69 (jumpa doctor + 2 ubat + nebulisier), second time beli ubat je dua botol RM16 and last time pagi tadi kene RM167.. Kali ni mahal banyak sebab check Damia yang batuk and selsema sekali.. Dapat 5 jenis ubat and nebulisier..
Kepada sesiapa yang nak pergi, aku syorkanlah klinik ni.. Friendly doctor and staff, ubat bagus sume ok.. Klinik ni bukak Isnin hingga Sabtu.. Pukul 9.15am-12.45pm, 2.15-4.45pm, 7.15-9.45pm.. Tutup Khamis pagi, Ahad dan public holidays.. Kalau nak gi call lah dulu 09-5601788.. Tak silap aku diorang tak terima booking melalui telefon.. Kene gi walkin terus.. Sebab selalunye klinik ni ramai giler bukak.. Macam haritu aku gi time malam dia cakap dia boleh terima patient tapi ada 11 orang lagi que.. Anggaran mase kalau nak tunggu 1 jam 40 minit.. Staff dia siap bagi anggaran mase lagi.. So aku amik keputusan beli ubat je dulu.. Aku sarankan gi time pagi la, macam pagi tadi aku gi tak ramai sangat, ade 4 orang... Tapi nak tunggu 4 orang tu puas jugak...  Doc tu treat patient bagus sgt, tu yang lame tu...
Aku tak reti nak susun gambar kalau post guna phone ni.. So layan...
Ehem Doctor Ang, lepas ni kalau I datang kene bagi diskaun k... He3

Post a Comment