27 November 2013

KISAH DAMIA DAN MEALSHAKE

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menaip komputer ni.. harini Fiza nak bercerita pulak kisah Damia Fareeda si anak sulungku itu dengan Mealshake Shaklee :) 


Fiza start bagi Damia Mealshake ni sejak dia masuk taska, yela kan bukan nak kate anak Fiza je, anak korang-korang pun same jugak kan kalau masuk taska komfem-komfem punyalah mesti senang berjangkit demam, selsema dan batuk.. duduk taska ramai-ramai memang cenggitu le gayenye.. Apalah nasib maknye kena kerja.. (teringin betul nak jadi WAHM!) 




Pastu pulak nak dijadikan ceritanya lagi memang la si Damia ni jenis orang yang buang air besar sembelit, najis seketul-seketul macam taik kambing! (sori kalau ade yang tengah makan! ;p) Ade sekali tu 3hari tak membuang sampai kena pergi klinik, kalau 3hari dia tak membuang muke relax je tak pe lagi.. Ni Damia dia meneran tapi taiknye tak keluar uoolss! berpeluh-peluh meneran, muke monyok tok sah habaq hang! Ingat lagi dia menangis cakap "atit atit.." Last-last papanya bawak gi klinik masuk ubat macam air sabun tu.. baru lah boleh keluar najisnya.. tu pun selepas berusaha keras menangis-nangis dalam toilet sampai lembek.. Masalah sembelit tak terhenti di situ, dah puas Fiza tukar susu dan bagi makan buah, tak menjadi jugak, sembelit tetap ade.. Gi klinik Doc siap pagi cecair Fiber untuk lembutkan najis.. tak elok sebenarnya ubat tu, tapi apakan daye dari dia tak berak...

Eh, satu lagi nak cerita.. Damia ni memang seorang yang picky eater atau dalam bahasa Melayunya, memilih makanan! ikut perangai sapelah ni.. Nak bagi makan punyalah bersilat, maknya siap buat carrot macam-macam bentuk dah suruh makan.. memang dia makan, tapi makan carrot tu je lah, nasi ayam sup semua dia tolak tepi.. dah guane! mama dia yang tension..


Pada suatu hari (baru macam buku cerita) hehehe, tergeraklah hati ni nak bagi Mealshake, Alhamdulillah syukur sesyukur2nya sebab bagi Damia Mealshake.. Semua masalah dapat di atasi, sembelit, penyakit-penyakit pun jarang nak berjangkit dan selera makan pun bertambah! Cikgu taska siap puji lagi Damia makan banyak bertambah-tambah.. Kat rumah siap cakap " Mama, nak lagi.. nak lagi.." Damia pun lebih fokus dan cepat belajar, tu yang paling Fiza happy.. Allah je tahu macam mana rasanya..





Yang paling best sebab cikgu taska Damia pun kagum lalu beli 2 botol Mealshake untuk anak-anak mereka... Salah seorang cikgu Damia tu anak dia ada ezema, lepas ambil Mealshake Shaklee memang kurang ezema dia.. Alhamdulillah lega rasa hati..

 

Sejak dari hari tu, keyakinan Fiza terhadap Shaklee makin-makinlah bertambah! Macam makin cintalah.. hehehhe :) Fiza yakin sebab Fiza dah try dan memang terbukti kesannya.. Bukan saja-saja promot sebab income dari Shaklee.. Tapi sebab Fiza PERCAYA!





Bila promot dalam Facebook, ramai kawan-kawan yang bagi feedback positif yang anak-anak mereka pun makin sihat bila ambil Mealshake..

So jom kita ikhtiar untuk kesihatan anak-anak kita.. Kalau bukan kita nak harap siapa lagi kan??dah la sekarang penyakit macam hape.. Bakteria kuman-kuman semua pergi sekolah, terer benor berjangkit..

:)


Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/Whatsapp : 019 9154727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia, RM10.00 flat rate tak kira berat and 
 banyak mana anda beli.
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama




Soya Penyebab Kanser? Kenali ESP SHAKLEE dan kenapa ianya berbeza.

Sejak akhir2 ni..ramai sgt yg bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..kat sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kite yg ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kite yakin dan bila yakin baru laa khasiatnye akan betul2 terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan...makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kite tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari ape yg kite makan dan ambil...

ESP ialah protin..kenapa protin penting?


  • Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

part tu sure dah tau kan..so..nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?? JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
CREDIT TO MASTER MOMMY WAN FATIHANUM :) <3 p="">

Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/Whatsapp : 019 9154727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia, RM10.00 flat rate tak kira berat and 
 banyak mana anda beli.
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama

13 November 2013

CARA MENGHILANGKAN MORNING SICKENESS SEMASA MENGANDUNG / HAMIL

Assalamualaikum semua... 
Sihat tak hari ni? Tak sihat? Kurang sihat? Loya pening kepala semua ada? 
Kesiannya.. Itulah harga untuk menjadi seorang ibu.. tapi takpe, harini Fiza akan bagi tip-tip atau cara-cara bagi mengatasi atau hilangkan terus morning sickness yang membelenggu tu..

Tapi sebelum tu Fiza terangkan dulu apa menda sebenarnya morning sickness atau mabuk-mabuk semasa hamil ni.. Untuk pengetahuan semua, Morning Sickness ni berpunca daripada kehadiran hormone dirembeskan dalam kuantiti yang banyak di awal kehamilan. Ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa. Ada orang dari seawal minggu ke 4 dan berakhir bila kandungan dah berusia 16 minggu. Ada orang sampai nak bersalin pun tak hilang-hilang morning sicknessnya tu.. Ada orang tak kena langsung.. Macam Fiza, pengalaman Damia 3 bulan pertama aje mabuk, lepas tu ok je.. Masa mengandung Dhia langsung tak ada mabuk, penat-penat tu adalah.. Lain anak lain pengalamannya.. lain orang lain mabuknya.. eh, macam pantun pulak.. :p
 
Tapi jangan risau, semua tu normal.. Meh Fiza share sikit cara-cara nak hilangkan mabuk dan morning sickness ni..

  1. Anda semua boleh try makan biskut atau roti atau apa-apa makanan ringan yang anda suka bila anda bangun dari tidur pagi-pagi bagi membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda daripada terlalu rendah.. Tapi kalau kena buat test air gula or OGTT tu kena la puase kejap, air masak je boleh minum tau..
  2. cuba ambil makanan ringan setiap 2 jam bagi mengelakkan perut kosong.. kalau perut kosong cepat lagi loyanya...
  3. Sebelum tidur pun try ambil snek jugak, jangan tidur dlm keadaan lapar dan perut kosong..
  4. Makan makanan yang boleh mencegah muntah seperti buah avokado, protein (ESP Shaklee is the best!!, lagi best dari susu ann**m wa cakap lu... keju, susu, yogurt, roti dan pasta pun boleh...
  5. Please elakkan makanan berminyak, kafein, makanan manis seperti coklat dan kek yang boleh mencetuskan muntah!
  6. Bila rasa nak loya or muntah-muntah, cepat-cepat kemam asam.. tapi jangan makan banyak pulak, tak elok..
  7. Minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air bagi mengelakkan sembelit..Bila sembelit perut akan rasa tak selesa, lalu mula la rase nak muntah tu...
  8. Jangan makan bersulam air.. yang ni memang mengundang muntah lepas makan..
  9. Ambil Vitamin Pranatal (Set Kehamilan Shaklee) selepas makan atau sebelum tidur.. Jangan ambil dengan perut kosong!
  10. Pakai pakaian yang sejuk dan selesa.. Hormon orang mengandung ni memang selalu buat kita jadi panas, so kalau kita panas dan rimas pun boleh jadi nak muntah.. elakkan dari pergi ke tempat yang memerlukan kita bersesak-sesak.. nanti muntah tengah ramai orang pula.. :)
  11. Bila rasa nak muntah, anda boleh menarik nafas panjang.. hembus... tarik nafas..... hembuss....
  12. Tidur jugak boleh mengelakkan keloyaan...
  13. Kalau tak tahan sangat, dah teruk sangat muntah tu, anda juga boleh berjumpa dengan doktor untuk minta ubat cegah @ tahan muntah..


PEPPERMINT-GINGER PLUS + B-COMPLEX SANGAT-SANGAT MEMBANTU MENGATASI MORNING SICKNESS DAN LOYA SEMASA KEHAMILAN..
AMALKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN NUTRIEN IBU DAN BABY DALAM KANDUNGAN.. :)

Fiza doakan semua bakal-bakal ibu yang baca blog Fiza ni dipermudahkan proses kehamilan dan bersalin nanti.. Aminnnn.. :)

Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/Whatsapp : 019 9154727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia, RM10.00 flat rate tak kira berat and 
 banyak mana anda beli.
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama Fiza!! 
Nak jana pendapatan pun boleh tau!

11 November 2013

SHAKLEE MURAH LA! SIAPA KATA MAHAL..

Assalamualaikum!!!

Selalu kita dengar ramai yang malas beli suppliment dengan alasan MAHAL.. dengan Shaklee siapa yang kate mahal tu memang kedekutlah, hehehe Jahat mulut Fiza, gurau je tau.. :) sebenarnya mana ade mahal, Shaklee adalah produk yang murah dan sangat berpatutan selaras dengan kuantiti dan kualiti produknya.. 

Fiza bagi contoh : 
Zinc Complex Shaklee hanya berharga RM27
Ada 120 biji tablet
Kena makan hanya 1 biji sehari sebelum makan malam
So, 120 biji bersamaan 120 hari aka 4 bulan!!
sebijik jatuh harga RM0.225
RM0.225 x 30hari  (sebulan) = RM6.75

RM6.75 SAHAJA SEBULAN!!!

Uools nak murah macam mana lagi? dah la terbukti berkesan, murah pulak tu.. Apa la nak dibandingkan dengan harga sebuah kesihatan...

Ce try tengok ni ha, berapa lama suppliment Shaklee boleh tahan!!


JOM BERUBAH! SIHAT DAN CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/Whatsapp : 019 9154727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia, RM10.00 flat rate tak kira berat and 
 banyak mana anda beli.
Harga sudah semestinya berbaloi-baloi..
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama Fiza!! 
Nak jana pendapatan pun boleh tau! 
 

08 October 2013

HARGA PROMOSI SHAKLEE COLLAGEN POWDER!!

 PROMOSI SHAKLEE BULAN OKTOBER 2013 
Shaklee Collagen Powder  
BELI 6 PERCUMA 1  
NAKK BELI 1 PUN BOLEH, 2 PUN BOLEH
BELI 3 TERUS DAPAT FREE MEMBERSHIP
BULAN-BULAN DAPAT BONUS YANG LUMAYAN!!
JIMATKAN??

JANGAN LEPASKAN PELUANG SEMENTARA PROMOSI SHAKLEE COLLAGEN POWDER SEPANJANG 
 BULAN OKTOBER 2013
Anda Dapat BONUS RM ### LUMAYANNNN!!!!

Tahu tak FREE Membership jimat berapa?
JIMAT RM 65 !!

Tahu Tak Untung Postage percuma ni Berapa?
JIMAT RM 10 !! 
(Sabah Serawak Untung RM20 OK!) 

Kembalikan keremajaan kulit anda dengan SHAKLEE COLLAGEN POWDER.

Jika anda punya masalah berikut?

kulit kusam?
kulit kelihatan tidak bermaya?
wajah tidak berseri?
kulit mulai kedut dan kendur sebelum masa?
cepat letih dan lesu?
sakit di bahagian sendi dan tubuh badan?
mudah lupa?
penglihatan terjejas?
 
Nak hilangkan jeragat?
Mahu awet muda?
Nak hilangkan kedut di muka ?
Nak kulit lembab dan tegang ?
Nak cerahkan kulit?
Nak suburkan rambut?
Mahu kecilkan liang pori di muka?
Nak kurangkan sakit sendi?
Kurangkan keletihan?

BERTINDAK SEKARANG!!!

JOM BERUBAH! SIHAT DAN CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/Whatsapp : 019 9154727
Emel : fizazasmi@gmail.com

Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia, RM10.00 flat rate tak kira berat and 
 banyak mana anda beli.
Harga sudah semestinya berbaloi-baloi..
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama Fiza!! 
Nak jana pendapatan pun boleh tau! 

SHAKLEE PENYELESAIAN CYST DAN FIBROID

Assalamualaikum!!
Kali ini Fiza nak kongsikan apa itu Cyst & Fibroid.

APAKAH CYST?
Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka.






Cyst mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal, manakala fibroid adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor. Akibatnya, mereka juga dirujuk sebagai "ketumbuhan fibroid," "fibrolids," "myomas," atau hanya "fibroid." Pelbagai saiz daripada kira-kira 0,04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih.

APAKAH PUNCA FIBROID??
 Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Gejala-gejala
Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.



Jenis-jenis cyst fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim:

Fibroid 1.Intramural, yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.

Fibroid 2.Submucosal, juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.

Fibroid 3.Subserosal, juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.
CADANGAN VITAMIN


Dalam satu kajian, dipercayai pengamalan herba dan makanan tambahan juga dapat mengecutkan kewujudan cyst dan fibroid ini. ambil 1,000 hingga 2,000 miligram Vitamin C, 150,000 IU beta karotena, 400 mikrogram selenium, dan 30 miligram zink setiap hari sehingga cyst fibroid hilang.

Selain produk ini ada lagi produk-produk menarik yang patut anda cuba seperti set Penyusuan, Set Kehamilan, Pakej untuk kaum adam, kaum hawa, kanak-kanak, warga tua dan yang lebih menarik saya menawarkan konsultasi percuma serta penghantaran yang tidak membebankan anda. Jika anda perlukan panduan pemakanan dan konsultasi, boleh hubungi saya ok :)

TESTIMONI PESAKIT CYST DAN FIBROID




JOM BERUBAH! SIHAT DAN CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/ Whatsapp : 019 9154727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Facebook Page : Fiza Zasmi Health Care 

Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Harga sudah semestinya berbaloi-baloi..
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama Fiza!! 
Nak jana pendapatan pun boleh tau!
 

24 September 2013

GLA COMPLEX SHAKLEE.. AREA KUANTAN, MARAN, PEKAN, BENTUNG PAHANG DAN SEKITARNYA LAI.. LAI.....

GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Khasiat dan kebaikan GLA COMPLEX SHAKLEE:

-Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
-Membantu meningkatkan kesuburan
-Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
-Membantu dalam menangani menopus
-Menguatkan kuku dan rambut
-Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
-Membantu menangai ekzema
-Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
-Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
-Menguatkan imuniti tubuh
-Memperlahankan proses penuaan
-Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
-Mengawal -kencing manis dan darah tinggi
-Mengawal kolesterol
-Untuk fungsi saraf!




lelaki pun boleh guna GLA COMPLEX SHAKLEE ni tau!
cepat2 pm atau sms , whatsapp 0199154727 untuk harga terbaik!!

Facebook Page : Fiza Zasmi Health Care
Dapatkan Shaklee di Kuantan, Maran dan sekitarnya, harga boleh kautim baik punye.. :)

PENYELESAIAN MASALAH ANAK KURANG MAKAN, ASMA, BERAT BADAN KURANG, SEMBELIT, ASYIK DEMAM DAN SELSEMA SERTA TIDAK FOKUS SEMASA BELAJAR.. JANGAN RISAU! MEALSHAKE SHAKLEE JAWAPANNYA!


ANAK KURANG SELERA MAKAN?
ASYIK DEMAM DAN SELSEMA??
BERAT BANDAN KURANG?
ASMA?
TIDAK FOKUS SEMASA PEMBELAJARAN?
KERAP SEMBELIT??

JANGAN RISAU!!!

MealShake Shaklee adalah penyelesaiannya.. 
Saya sendiri telah cuba pada anak saya dan hasilnya sangat menakjubkan.. 
BERBALOI-BALOI!!
Alhamdulillah syukur! 

Layari Facebook Page : Fiza Zasmi Health Care
PM atau whatsaap Fiza 0199154727 untuk maklumat lanjut.. 
COD Shaklee Area Kuantan, Maran dan sekitarnya.. :)

20 September 2013

TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE

TESTIMONI DIRI SENDIRI- Saya percaya sesuatu produk itu apabila dah cuba sendiri, kalau tak jadi saya tak kan suruh orang try!! :)



Alhamdulillah, walaupun masih belum capai tahap kurus macam anak dara dulu tapi berat badan dan BMI dah kembali ke tahap normal.

Set kurus Shaklee adalah produk semulajadi yang membakar lemak, membuang toksin dan membina otot.. 3 ciri ini sangat penting untuk proses penurunan berat badan..

Shaklee bukan seperti produk pelangsingan badan dipasaran sekarang yang menjanjikan penurunan secara drastik. Ianya produk semula jadi yang kaya dengan nutrisi dan paling penting ianya HALAL dan ada KELULUSAN KKM.

Tiada jalan mudah untuk kurus, lagi-lagi orang yang malas bersenam seperti saya. Dengan Shaklee saya fokus untuk sihat, jaga pemakanan dan minum air dengan lebih banyak.


Ni lah makanan saya hari-hari :)

Untuk detox saya amalkan Herblax dan Alfafa

Untuk membakar lemak saya ambil Lecithin (dulu saya ambil Omega, tapi sekarang saya bagi anak yang makan untuk perkembangan otak mereka)

Cinch Shake dan ESP untuk peningkatan metabolisme badan dan membina otot. Disamping itu, bagus untuk kesihatan kulit juga!

Ostematrix pula saya ambil sebab memang saya menaglami sakit pinggang sejak mengandung anak kedua. Alhamdulillah, memang ketara perubahan.. Selain itu, ia juga boleh membantu tidur yang lebih baik dan melawaskan pembuangan air besar.

Performance Drink pula untuk kecergasan saya. Almaklumlah saya hanya berehat masa tidur sahaja..

Berminat?? Jom sama-sama kurus sihat bersama saya.. 


Layari Page Facebook saya : Fiza Zasmi Health Care atau whatsapp 0199154727 untuk maklumat lanjut..
Nak cari Shaklee area Kuantan boleh hubungi saya, free consultion :)

06 September 2013

DAPUR MAMA FIZA : RESEPI DADIH SEDAP SENANG GILER! LETAK NATA DE COCO PULAK TU..

Salam bertemu kite dalam rancangan Dapur Mama Fiza!! hahaha poyo.. Harini kengkonon nak cerita la care nak buat dadih ni.. aku kan sekarang bangse pemalas sungguh nak masak-masak sekarang.. bukan malas masak sebenarnya, tapi malas nak membasuh lepas abis masak.. kan best kalau ade bibik, " Bibik awak potong2 ni, kejap lagi saya masak" " Bibik, awak basuh kuali ni saya dah abis masak. " haa gitu berangan fiza ni..

Ok nak jadi ke cerita dadih ni sebab office aku ade buat jamuan raya, so staff-staff kene la sponsor mane-mane nak.. laki aku suruh buat dadih, aku kate malas.. dah sampai hari last before jamuan raye tu, gi la aku tengok serbuk dadih tu kat terus maju.. Senang amat le rupenye nak membuat dadih tu.. Anak aku reti... hahahaha..

Ok start dengan resepi k..

Bahan-bahan yang kita perlukan hanyalah :

1 paket serbuk dadih (ikut suka hati awak la nak perisa apa)
Aku guna brand ni sebab ni je yang ade kat Terus Maju tu.. Ok jugak, masa aku gi ade perisa mango, strawberry, yam, lychee and vanila..

1 tin susu cair
100 gram gula (aku main agak letak 1 senduk, tak kose aku nak timbang-timbang, macam la ade penimbang kan)
secubit garam (tapi aku lupe letak)
3000ml air
Setengah balang Nata De Coco (untuk lebih poyo)

Cara-cara membuatnya :

  1. Baca Bismillah, niat dalam hati agar sedaplah dadih ni Ya Allah, aku nak hidang kat orang.. hehehe
  2. Tuang air dalam periuk, masukkan susu car, gula and garam.. Kacau sampai mendidih..
  3. Dah memdidih tutup air, eh tutup api..
  4. Masukkan serbuk dadih tu... kacau-kacau lagi...
  5. Masukkan dalam bekas kecik-kecik (korang nak masuk bekas besar pun tak berdosa)
  6. Letak la Nata De Coco... Biarkan sekejap sampai sejuk sikit..
  7. Lepas sejuk sikit tu, masukkan la dalam peti ais bawah...
  8. Dah keras boleh makan dengan gembiranya... Alhamdulillah...
    Aku buat 2 perisa, Mango and Strawberry.. Sedappppp... hahahaha.. Alfafa tu pun untuk di jual ye :)
Masa dekat office Alhamdulillah laku dadih aku, risau aku kalau orang tak makan nanti sape pulak nak habiskan... Lepastu terdetik la di hati nak buat bisness, Inshaallah Isnin start la aku jadi tauke dadih.. Amin..

So siapa-siapa nak order dadih area kuantan ni, boleh contact aku 019-9154727 :)
Dadih biasa RM1.00
Dadih rainbow RM1.20
Dadih with Nata De Coco RM1.20
Minimun order 100pcs

Bisness Shaklee still berjalan macam biasa, just aku tak sempat nak post je.. nanti ade mase lebih aku post ye.. :)

18 July 2013

DAPUR MAMA FIZA : RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA FIZA

Assalamualaikum... 
Alhamdulillah, sepanjang 9 hari kita berpuasa ni, baru 3 kali aku masak kat rumah.. kalau tak asyik berbuka rumah mertua, tak rumah mertua rumah mak aku... gitu je lah keje kan, malas masak.. pastu kena sound dengan tok laki baru rajin sikit... huhuhu

Semalam teringin nak makan ikan siakap tiga rase.. terase-rase lagi kat tekak ni ha... hahahaha batal puase kang.. So pukul 3 aku dah lari kejap gi beli ikan kat LYC Indera Mahkota ni.. boleh tahan la tempatnye, sayur-sayur segar, ikut hati semalam nak je beli lagi sayur tapi bila fikir aku sorang je yang menkedarah sayur kat umah tu, baik xpayah.. makan je menda ade.. So beli ikan siakap sekor, udang sikit.. Bagus LYC ni, siap siang ikan akak, ni akak suka ni.. senang keje aku... tengok resit aku pun tak tau murah ke mahal.. lantak lah, makan kat luar lagi mahal... hahahaha ayat bagi semangat nak masak...


Gini la rupa siakap aku lepas gaul dengan garam kunyit and tepung jagung.. penat fikir macam mane nak bagi ikan ni berdiri macam kat kedai tu, ikan mesti la berdiri, baru ade gaye 5 star hotel gitu... puas dok try atas pinggan, aku takut kalau letak dalam kuali ni ikan ke mane aku yang berendam minyak nanti.. so gune lah mane-mane skill yang ade.. hidup kene kretip, baru berjaya! *tiba-tiba..


Masuk dalam kuali still berjaya landing dengan selamat.. pastu pening pulak nak terbalikkan macam mane... bab ni terus fail! habis kepala ikan aku... hahahaha.. tapi takpe boleh cover.. sekali lagi, hidup mesti kretip, baru berjaya!!! 



Jadilah ikan siakap ala fiza.. Encik Din kate ok, sedap tapi kurang pedas.. dalam nada bersahaja.. tak tau la nak amik hati ke.. ape ke.. dah pijor tangan aku ni kate tak pedas lagi.. orang kampau la katenye...




Nak resepi ke? Malu akak tau....

1 ekor ikan siakap - padan2 la, aku beli yang berat 580gm cukup la aku makan dengan Encik Din
Tepung jagung - Orang kate nak bagi rangup ikan, Ntah le macam gitu jugak ikan aku
Bawang Merah Blend - 2 sudu besar
Bawang putih - 2 Ulas
Bawang besar - Suku biji aku hiris-hiris letak mase last
Cili Kisar - 5 sudu besar.. tu pun Encik Din kate tak pedas lagi.. kebal beno lidahnya
Halia - 1 Inci
Carrot - setengah batang
Tomato - Aku ade tomato kecik-kecik tu je kat rumah, letak 5 biji belah dua
Nenas dalam tin - Aku letak 3 keping sebab aku memang gila nenas ni..
Sos cili - 3 sudu besar
Sos tiram - 2 sudu besar
Garam secukup rase - tapi aku tak rase la, puase kan..
Daun Sup and Cili besar buat hiasan

Gaul garam kunyit kat ikan.. pastu gaul pulak dengan tepung jagung... goreng la sampai masak.. kalau suke garing, cari la idea bagi garing.. aku suke ikan yang juicy-juicy lagi.. garing-garing makan ikan banyak tulang sedap... Dah siap tu angkat letak tepi... Keluarkan minyak sikit, tumis pulak bawang blend, bawang putih and halia sampai wangi... masuk cili kisar, tumis sampai pecah minyak... dah tu masuk la sos cili, tiram.. boh la air sikit... gaul-gaul masuk carrot, n nenas... masuk kan garam... nak dekat-dekat masak tu baru masuk tomato and cili besar.. dah siap curah atas ikan... hiasa daun sup... berehhh

Perghh makan pulak dengan tom yam campo.. udang abes Cik Mia makan.. aku makan sayor dengan ayam je.. Encik Din langsung tak sentuh, dia ngadap ikan aje... Kenyang, ade balance sikit buat aku sahur.. Encik Din tak makan nasi sahur, dia makan ringan-ringan aje.. burger la, nugget la... minum Milo dengan Meal Shake.. senang keje mak.. :) Tapi dia ok, bertenaga aje sepanjang mase.. bagus Meal Shake ni... sape-sape nak order cepat msg 019-9154727.. stok dah ade ni... rugi tak amik... dah try baru tau.. :)

17 July 2013

GLA COMPLEX SHAKLEE, SUPPLEMENT PENTING UNTUK LELAKI DAN WANITA!!!



SUPPLEMENT PENTING 

UNTUK LELAKI DAN WANITA!!!


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing. Kebaikan GLA COmplex Shaklee :

• Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
• Meningkatkan kesuburan.
• Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
• Membantu dalam menangani menopause.
• Menguatkan kuku & rambut.
• Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
• Membantu menangani ekzema.
• Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
• Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
• Menguatkn immuniti badan.
• Mempelahankn process penuaan.
• Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
• Mengawal kencing manis
• Mengawal kolesterol.
• Bagus untuk saraf.


GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.


HANYA RM73.00 SAHAJA!!

SMS ATAU WHATSSAPP 019-9154727 UNTUK 

HARGA PROMOSI JULY 2013!

Faedah Dan Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

Ramai yang masih tertanya-tanya ape ke menda lah ESP Shaklee ni? Boleh ke lelaki minum ESP Shaklee ni?? Kenapa elok minum semasa bulan puasa? banyak sangat persoalan kan... So, meh fiza terangkan serba sedikit pasal ESP Shaklee ni...

ESP atau Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf diseluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi
hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuaisecara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda. Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – 
Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. Hormon Berasaskan 

Tumbuhan Semulajadi – 
Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - 
Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadisel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – 
Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.

Pemberi tenaga segera – 
Membekalkan tenaga segera dan memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan,kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi –
Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi

Memperbaiki Memori – 
Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Harga hanya RM121.00 sahaja! SMS atau Whatsaap 


0199154727 Fiza untuk maklumat lanjut.

10 July 2013

CARA PEMAKANAN SUPPLEMENT SHAKLEE

Assalamualaikum semua!! Salam Ramadhan.. Puasa dah esok kita semua.. Hari ni fiza nak terangkan cara-cara pemakanan yang betul Supplement Shaklee.. Mesti ramai lagi yang keliru kan...


1. Vita Lea:

1-2 biji sehari, selepas makan, best taken after breakfast and dinner. Best taken with vitamin C.

p/s: tak sesuai di ambil bersama minuman/makanan bersusu

2. Vita C :

 1-2 biji sehari, selepas makan, best taken after breakfast and dinner. Best taken with vitalea.

3. B complex :

1biji sehari selepas makan, best taken after breakfast

p/s : kalau nak tambah selera bagi sebelum makan

4. Zinc complex:

1biji sehari sebelum makan

5. Alfalfa :

2-4 biji permulaan, jika masih tidak dapat hasil yang di ingini, boleh naikkan dose sedikit2 sampai 10 biji sekali makan. p/s: awas kena monitor najis baby selalu, sbb takut ada baby tak tahan and dpt cirit.

6. ESP:

sehari tidak boleh lebih 3 sudu besar, terpulang nak minum sekali gus atau nak bahagi 3. Boleh dicampur bersama minuman kegemaran mcm milo/horlicks etc. Sekali bancuh dlm 250-300ml air ikut suka pekat mana..

p/s: tidak boleh di bancuh dengan air panas mendidih, kerana ia boleh rosakkan struktur protein. Jangan ambil esp bersama teh atau kopi kerana ia mengganggu penyerapan vitamin.
7. Ostematrix:

2 biji sekali makan, 2 kali sehari. ambil lepas breakfast and dinner.(total 4 biji sehari).

8. Omega:

1-2 biji sekali makan sekali sehari. Jika kanak-kanak boleh pecahkan sebiji dlm bubur/susu seminggu 2-3kali.

9. Lecithin :
3biji sekali makan dua kali sehari. (total 6 biji sehari)

10. Garlic:

2 biji sehari sekali makan.

11. GLA:

2biji sehari sekali makan. Setiap hari walaupun haid. Berhenti jika hamil.

12. Collagen:

satu hari 1 sachet

13.Vita E:

1 biji sehari sblm tidur

14. AJHT:

2 biji sehari after food

15. Chewable Vita C plus (100mg):

Ambil sebiji sehari Untuk budak setahun ke atas. Kalau dewasa ambil 3-5 biji sehari, mesti dihisap bukan ditelan sekali gus.

16.Mealshake:

Setengah sudu teh sehari untuk budak setahun ke 3tahun. Selepas 3 tahun boleh bagi satu sudu teh sehari. Dibancuh ke dalam minuman mereka. Jangan guna air panas mendidih. Beri anak minum air yang banyak untuk elak sembelit. Dewasa: Sehari tidak lebih 4 sudu besar. Sekali bancuh 1-2 sudu besar bancuh bersama minuman kegemaran/ESP/PD

17. Performance Drink :


Sekali bancuh 3 sudu besar utk dewasa. Untuk kanak-kanak 1 sudu besar. Bancuh bersama air sejuk/melashake/esp. Disarankan ambil sebelum, semasa dan selepas work out atau sewaktu bersahur/berbuka!

p/s : 
Jadual pengambilan vitamin ini adalah cadangan sahaja. Jadual boleh diubah mengikut kesesuaian masing-masing dan tiada masalah jika jadual diubah cuma perlu tahu vitamin yang sesuai diambil bersama dan vitamin yang perlu dielakkan diambil bersama. Yang penting kena ingat bahawa :

Ostematrix JANGAN AMBIL dengan Vitalea

Vitalea 
JANGAN AMBIL bersama susu atau ESP

Alfalfa 
JANGAN AMBIL dengan Vita E

So, untuk bulan puasa ni, marilah kita sama-sama bertenaga menjalani ibadah! Mighty 3 Gems  adal set paling sesuai untuk semua peringkat umur...