03 January 2010

2010

saje letak gambar, macam tak best je entry tak ada gambar

3 hari dah berlalu.. sekarang tahun baru, tahun 2010 ni aku kena lebih usaha, lebih berdikari.. sekarang susah kita nak minta pertolongan, walaupun dengan orang yang kita sayang.. lebih baiklah berusaha sendiri, daripada kita minta tolong tapi yang dapat hanyalah sakit hati.. biarlah susah seorang-seorang.. kan?

tahun 2010 ni aku kena berubah, berubah jadi lebih baiklah.. maklumlah umur nak masuk 21 dah bulan 2 ni, kalau tak berubah karang takut tak sempat pulak.. 21 tu,, tu kira dewasa dah tu...

2009 memang tahun yang memberikan impak besar dalam hidup aku.. banyak perkara pahit yang sampai sekarang kalau aku fikir, aku sendiri pun pelik, macam mane aku boleh harungi semua tu.. aku harap kalau tahun 2009 aku boleh tabah, 2010 lagi la aku tabah.. so, aku nak jadi yang terbaik sebab susah sangat nak jadi sempurna..

dalam hidup ni aku percaya Allah s.w.t
aku percaya karma.


p/s: kalau lah aku ni tak fikir benda lain, memang aku beli dslr.... tak tenang hidup siot!!!
Post a Comment