13 December 2009

jom masak bersame chef fiza!!!

haloo puan-puan dirumah!!!!
ape kabo sume?
ok arini chef fiza nak kongsi resepi ayam penyet...
uols puan-puan kat rumah tu tau tak ayam penyet tu ape?
jangan main bantai kate ayam kene penyet pulok ea uols...
sebenonye chef fiza pun baru jerk try resepi ni..
blek2 email tengok en.tunang anto resepi ni..
chef fiza pun apo la lagi, try jer la...

camni ea puan-puan resepinye..:

Untuk Ayam-
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup) *ni chef fiza tak potong 8, chef fiza kan adik bradik ramai, dah la tu semuanye selera biawak, menCEKIK aje.. kene la chef fiza potong banyak2, nanti xcukup pulak...

Bahan2 utk dikisar:

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.


Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. *chef fiza nasihatkan uols jangan lupe letak garam taw, dah klo boleh lebih kan skit, sebab ayam ni ble diperap rase masin dye xserap sangat la... rase tawar jer.. chef fiza dah terkene dah tadi, untuk tri pertame goreng ayam tu,hasilnye tawar, so chef fiza tambah la garam lagi..
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Untuk sambal-

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)*chef fiza mmg lebihkan yang ni, sampai pijor dah tangan tapi chef fiza guna cili kering, cili merah da abish udah.....
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.* hati2 jangan sampai hangus pulak..
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Untuk Sup-

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.* cik fiza rase resepi sup ni ronggeng sangat, jadi chef fiza masak la sup mcm yang kite slalu masak tu, tumis2 segala rempah dulu ea puan-puan...
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.


Untuk Tempe dan Tahu Goreng-

2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.


Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.


ni la hasil ayam penyet tu..
tak brape nan penyet la kot, ha3
chef fiza sekadar mencuba..
uols klo nak taw, jangan lupe try eaa...
gambo sup dgn sambal xdapek la chef fiza nak upload
ni pon chef fiza tergedik2 lari masuk bilik angkut pingan amik gambo guna webcam je.. he3

jgn lupe bramal ea puan-puan, clik la nuffnang chef fiza ni....
maceh...
Post a Comment