10 April 2017

PROMOSI PENAPIS AIR CUCKOO MURAH DI KUANTAN, PAHANG. PALING MURAH ABAD INI!!

Assalamualaikum semua, lama betul tak bersiaran.. Maklumlah dah anak 3, mcam-macam nak buat.. Sekarang kami suami isteri aktif menjual Penapis Air Cuckoo di Seluruh Malaysia.. Lagi-lagi tengah promosi hangat ni, berebut semua nak pasang Cuckoo dekat rumah..

Nak Tahu Penapis mana yang tengah promosi hangat tu? Ni dia...

Bagi yg masih berkira2 nak ambil penapis air, fiza nak perkenalkan plan terbaru dari CUCKOO, SERENDAH *RM60* SHJ SEBULAN!!

PROMOSI, KING TOP Harga baru !!! Plan baru sempena Sambutan 100,000 pelanggan CUCKOO dlm masa 2.5 tahun shja!! GOOOOOOOD PLAN!

*"SKIM RENTAL ada flexibel pakej yg amat menarik*, *"Goooood Plan"* amat sesuai dlm keadaan ekonomi yg masih tak baik skrg ni. ( *_Tapi tetap nk minum air bersih, Mineral berAlkali kan??_* )

Anda boleh pilih ikut suka, ikut kemampuan :
( _TAKDE LAGI MANA2 BRAND PENAPIS AIR LAIN YG "BERANI" BUAT CAMNI_ 🤗)

*RM 60 = 84 bulan (7 tahun) 
= Servis, Tukar Filter stiap 4 bulan & Waranti semua alat gantian, 7 tahun FREE*

*RM 70 = 72 bulan (6 tahun) 
= Servis, Tukar Filter stiap 4 bulan & Waranti semua alat gantian, 6 tahun FREE*

*RM 80 = 60 bulan (5 tahun) 
= Servis, Tukar Filter stiap 4 bulan & Waranti semua alat gantian, 5 tahun FREE*

*RM 90 = 48 bulan (4 tahun) 
= Servis, Tukar Filter stiap 4 bulan & Waranti semua alat gantian, 4 tahun FREE*

*RM 100 = 36 bulan (3 tahun) 
= Servis, Tukar Filter stiap 4 bulan & Waranti semua alat gantian, 3 tahun FREE*

*RM 110 = 30 bulan ( 2.5 tahun) 
= Servis, Tukar Filter stiap 4 bulan & Waranti semua alat gantian, 2.5 tahun FREE*

*RM 120 = 24 bulan (2 tahun) 
= Servis, Tukar Filter stiap 4 bulan & Waranti semua alat gantian, 2 tahun FREE*

*RM 130 = 18 bulan (1.5 tahun) 
= Servis, Tukar Filter stiap 4 bulan & Waranti semua alat gantian, 1.5 Tahun FREE*

*_Wowww..!!!_*
*_KING TOP_*
*_Goooooood Plan !_* 😃😃👍🏼👍🏼


KINI DENGAN HANYA RM2 SEHARI ANDAA BOLEH MINUM AIR MINERAL MILD ALKALI TANPA HAD DI RUMAH ANDAA!

Kalau beli air mineral kat kedai dapat sebotol aje...

RM2 x 30 hari  = RM60 JE SEBULAN

*FREEE PENDAFTARAN*
*FREEE PEMASANGAN*

Jom layan video penerangan ni, kini semua orang boleh memiliki penapis air di rumah.. Air mineral Alkali pulak tu,,, berbaloi-baloi....

Orang Pahang, Kuantan, Maran dan sekitarnya, seluruh Malaysia pun boleh dapatkan Penapis Air Cuckoo dengan kami.. hubungi je no di bawah 011-1216 3334 atau Klik link di bawah untuk direct Whatsapp sy -> :http://www.wasap.my/601112163334/tanya+cuckoo+RM60

09 March 2015

BOOTH SHAKLEE DI CAR BOOT SALES PAYA BESAR

Assalamualaikum semua.. 

Sabtu lepas 7 Mac 2015 Fiza dan anak-anak Shaklee team TASF bukak booth di car boot sales Paya Besar.. Walaupun nama Paya Besar, tapi tidaklah dibuat sebelah SMK Paya Besar tu.. Car Boot Sales Paya Besar ni dekat Taman Tas.. Orang Kuantan mesti kenal. Car boot sales ni di buka berhadapan Watson dan Maybank Taman Tas..


 Korang jemputlah datang ye.. buat masa ni car boot sales ni akan dibuka setiap sabtu dari jam 7 petang hingga ke 3 pagi.. Korang datanglah ye, macam-macam ade jual di sini.. Lebih kurang 50 buah kereta yang terlibat..


Dari kiri Fiza, Ida, Nabilla dan Kak Erin.. Korang kalau nak tanya apa-apa pasal Shaklee meh datang jumpa kami.. Boleh try air Water Pitcher dan tester of day (gituuu).. Minggu depan Fiza nak bukak 1 lagi meja... Biar luas sikit...

Penuh meja i uolss.. korang kalau nak jadi ahli Shaklee pun boleh, datang je meja Fiza, Fiza daftarkan terus.. RM75 je uolss untuk seumur hidup..

Kalau keliru atau sesat boleh call Fiza 019-915 4727.. Terima kasih juga penganjur kerana beri kesempatan untuk kami memperkenalkan lagi Shaklee ni.. :)

04 December 2014

RAHSIA WANITA MODEN MENGHANGATKAN MALAM JUMAAT MEREKA

Rahsia wanita moden menghangatkan malam jumaat mereka.. Ambooii hotnya tajuk, laju je kan uolss baca!!



Wanita moden, bekerjaya dan yang penting lebih tahu akan keperluan diri dan suami mesti kena tahu rahsia ni..

Apa rahsianya?? Wanita moden makan Vitamin Shaklee!!

Alfafa Complex
Bertindak seperti Kacip Fatimah malah lebih lagi, Alfafa membantu merapatkan bahagian intim wanita.. Ia juga mengelakkan keputihan dan membuang toksin dalam badan.. Pasti hangat malam jumaat uolss!

Sustained Release Vita C
Seiring dengan putaran waktu, kecantikan wanita semakin pudar, so muka cepat kusam dan jerawat mula timbul.. Untuk kulit yang cerah dan bebas noda jom amalkan Sustained Release Vita C!! Abang pun melekat aje..

Vita E Complex
Bila umur makin meningkat, jeragat dan bintik- bintik mula timbul.. Justeru bagi mengelakkan semua ini, silalah Vita E Complex sebagai agen antioksidan anda.. Pasti cik abang tak jemu memandang!

ESP Energizing Soy Protein
Lepas bersalin, parut strecth mark pasti menghantui anda.. Cik B&B pun dah mengendur.. Apalagi, jom minum ESP Shaklee, selain memantapkan kembali yang kendur dan menggelebeh, boleh tambah tenaga jugak tau!!

GLA Complex
Menopause dan mood swing pasti akan dialami setiap wanita, bagi mengelakkan ianya men"down"kan anda, jom ambil GLA Complex.. Malah kuku, kulit dan rambut makin cantik, awet muda gituuuu..

Bcomplex
Kesibukan harian pasti buat anda letih dan kurang bertenaga.. Jangan buat pasal malam-malam Jumaat ni, jom telan sebiji Bcomplex, pasti semakin bertenaga.. Jangan tak tau, boleh elakkan stress dan buat muka glowing tau..



Nak hangatkan kembali cinta dan malam jumaat anda, jom hubungi pengedar Shaklee anda - Puan Fiza 019-915 4727.

Orang-orang Kuantan dan Maran boleh COD tau.. kasi call aje.. :)

posted from Bloggeroid

11 November 2014

KISAH SEDIH MENYAYAT HATI - MAK MANA??



Renung-renungkan....

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Fiza rindu mak dan ayah...


posted from Bloggeroid

05 November 2014

HEEL SPUR - SAKIT TUMIT LUAR BIASA?

Assalamualaikum semua.. Anda pernah mengalami sakit yang tumit yang amat sangat? Rasa seperti ditusuk paku ketika berjalan? Kaki membengkak macam orang mengandung? Gejala-gejala ini mungkin disebabkan oleh Heel Spur! Apekejadahnye Heel Spur itu?




Apa itu Heel Spur?

Heel Spur ini adalah keadaan dimana terdapat bonjolan tulang pada tulang tumit kaki ( pada bahagian bawah tulang ).Heel spur selalunya berkaitan dengan radangan ´plantar fascia´. Ia boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat pada tumit dan kesakitan ini bertambah teruk semasa bergerak.




Kenapa terjadinya Heel Spur?

Heel spur terjadi disebabkan oleh bonjolan tulang yang abnormal pada tulang tumit (pemendakan garam kalsium yang berlaku akibat ketegangan plantar fasia ). Ketegangan ini boleh berlaku kepada individual tertentu yang mempunyai tapak kaki yang abnormal ( high arch atau flat feet ). Perempuan mempunyai risiko yang lebih dari lelaki untuk mengalami ´heel spur´ disebabkan jenis pemakaian kasut.



Bagaimana untuk mengetahui Heel Spur?

Anda boleh mengesan Heel spur dengan melakukan X-Ray dan melalui pemeriksaaan klinikal.
Perbezaan tulang tumit normal dan Heel Spur! Adoi tajamnya tulang kalau dipijak-pijak..



Apakah rawatan untuk Heel Spur?

Rawatan utama untuk heel spur adalah untuk mengenal pasti punca ketegangan plantar fasia. Jika puncanya adalah ´flat feet´ ,penggunaan alat bantuan (lapisan di dalam kasut) dapat mengembalikan posisi tapak kaki ke normal dan mengurangkan kesakitan.



Rawatan lain termasuk latihan senaman kaki , kurangkan berat badan , memakai kasut yang mempunyai tapak dalaman yang lembut , memakai alat bantuan ( heel cup ) yang akan menyerap bebanan dan hentakan semasa bergerak.


Mungkin pelapik kasut jenis ini akan membantu anda..



Ada Vitamin Shaklee yang boleh membantu Heel Spur?

Sudah semestinya! Bagi membantu Heel Spur Fiza mencadangkan pengambilan Ostematrix dan Sustained Release Vita C. Dua gabungan vitamin hebat ini akan membantu anda untuk :



OstematrixPengambilan harian kalsium yang cukup boleh mencegah perkembangan Heel Spur. Heel Spur akan menekan tisu lembut yang menjadi bantal kepada tulang tumit dan menyebabkan sakit semakin teruk. Ostematrix juga dilengkapi dengan Magnesium, pengambilan kalsium tanpa Magnesium adalah sia-sia kerana ianya boleh mengembangkan lagi kekurangan kalsium. Beware people!


 Kelebihan Ostematrix Shaklee Kami!!

Sustained Release Vita C - Kaya dengan Bioflavanoids yang merupakan antioksidan dengan ciri-ciri anti-alergi, anti-radang , anti-mikrob dan anti-carcenogenic.Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai tahap yang baik dari bioflavanoids dalam badan mereka mempunyai jumlah yang lebih rendah protein C- reaktif - penyebab yang dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit keradangan , kanser dan penyakit-penyakit lain . Dengan mengamalkan vitamin C dengan bioflavanoids , anda akan terlepas dari Heel Spur dan sakit tumit.




Semoga pengkongsian ini mendatangkan manfaat untuk anda.. 
Nak order? Jom hubungi Fiza sekarang.. Jangan biarkan anda dan orang tersayang terhencut-hencut sakit tumit!

Fiza Zasmi
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 960212]
Call/SMS/Whatsapp : 019 915 4727
Emel : fizazasmi@gmail.com
Facebook Page : Fiza Zasmi Health Care 
Fiza juga menyediakan perkhidmatan Shaklee COD 
sekitar Kuantan dan Maran, Pahang.
Pos Delivery ke seluruh Malaysia, RM10.00 flat rate tak kira berat and 
 banyak mana anda beli.
Jom orang Kuantan, Maran Pahang berShaklee bersama saya!